Sabtu, 4 April 2015

SYURA

Kata Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya Durus Amal Islami, Pelajaran ke 10, "Harakah Islamiyah di setiap negeri mesti mempunyai majlis syura dan dianggotai oleh individu-individu yang berilmu,  beramal,  bertaqwa dan wara'.  Selain itu,  majlis syura yang berada di sesebuah negeri mesti dijadikan sebagai rujukan dalam mengambil setiap keputusan..."

PAS sebagai sebuah harakah islamiyah sudah pasti tidak boleh lari dari panduan ini. Semua abna'ul harakah wajib berpegang dengan panduan ini. Apabila Majlis Syura Ulama' menetapkan suatu keputusan terhadap dasar dan prinsip, atau isu-isu besar dalam jamaah, maka tiada pilihan untuk kita berkata 'tidak' atas alasan apa sekalipun kecuali yang dibenarkan syara'.


Ibnu Abbas an Najjjar
Unit Tarbiyyah GANTI
4 April 2015
1:30pagi

Rabu, 1 April 2015

GELISAH SEDETIK & TIKA(GST)

Pagi kedua dibulan April redup!
Alam ini sedang ratapi kerakusan sang pemerintah kejam dan maha zalim
Sebelum ini ada insan yang tidak bongah, hari ini sudah berani menyangah
Benci bukan sedikit, marah bukan gurauan

Tiada lagi berlari anak keriangan
Tiada lagi berbalas salam dan senyuman
Kedutan di hamparan dahi makin berlipat
Titis peluh mencurah walau dikedinginan malam

Ulas bibir kian kejap mengukir dendam
Alur kemanisan wajah kian hilang
Dulu lengoh sendi saban hari, kini acap kali terhayun sendiri
Salam kecelakaan menyapa lagi

Kalut di semua sudut
Kecoh di semua ceruk
Ombak dada makin pantas
Angkara sang penguasa yang tidak berperi

Melayu mudah lupa bergema , berpekik
Cina sayu menegok bungkusan air mata khudrat tua menitis
Iban terkaku direnung Phutusamy
Duhai bangsa Malaysia yang direntap kejatian.......

Gasak Sembilu Terkena lagi..
Gugup Sekali  Terpaku terduduk
Gelisah Semalam Terus bertamu
Gemilang Semakin Tandus dari alur kecerianmu...

Nukilan:
Naraza Muda
Pengerusi
Anak Peneroka Felda (ANAK)
Cawangan Terengganu

GAMIS, PADU, GANTI, ARC meriahkan flashmob bantah GST

Sempena perlaksanaan GST hari ini, flashmob serentak telah diadakan di beberapa buah tempat sekitar Terengganu. Flashmob yang diadakan bermula jam 5 petang semalam berlangsung di Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman dan Besut.

Turut terlibat menjayakan program ini adalah rakan-rakan NGO seperti Persatuan Pengguna Dungun (PADU), Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), dan Kelab Penunggang Alternatif (ARC). Hampir kesemuanya terlibat di tempat yang berasingan.

Sambutan yang diterima di setiap amat menggalakkan. Orang ramai terutama muda mudi memenuhi ruang perhimpunan mengangkat sepanduk dan poster di sepanjang jalan. Kenderaan yang melintasi tempat berkumpul membunyikan hon tanda sokongan.

Selasa, 31 Mac 2015

UMAT ISLAM WAJIB BETULKAN TARAF KEHAKIMAN SYARIAH DARI TERUS DIRENDAH-RENDAHKAN

Sebagai orang Islam, mengapa tidak berkongsi cita cita untuk sekurang-kurangnya tingkatkan martabat Sistem Kehakiman Syariah yg telah ada?

Tahukah kita seperti juga Mahkamah biasa yang ada Mahkamah Rendah, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan,  Sistem Kehakiman Syariah juga telah mempunyai mahkamah mahkamah rendah dan tinggi nya.

Orang-orang Islam sejak tahun 80an lagi telah lama tak berpuas hati dgn martabat kehakiman syariah yg terlalu rendah berbanding kehakiman tinggalan penjajah british yg berasaskan undang-undang komanwel. Acuan yang British tinggalkan melalui Lord Reid menjadi anutan tegar begitu ramai rakyat termasuk sebahagian wakil rakyat UMNO yg konon lantang mahu menjaga kesucian Islam.

Akta Kehakiman Syariah sedia ada memberikan peruntukan terlalu kecil kepada mahkamah syariah iaitulah tak boleh lebih dari 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan sebatan 6 kali. Maksimum yg boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah cuma setakat itu. Begitu rendah martabat Kehakiman Syariah sehingga bidang kuasanya paling tinggi di bawah hakim syariah paling kanan atau ketua hakim syariahpun,  masih lebih rendah dari dari Mahkamah Rendah yang biasa. Mahkamah Rendah yang biasa walau diadili oleh seorang Majistret atau Pendaftar Mahkamah pun punya kuasa lagi tinggi dari Ketua Hakim Syariah di Mahkamah Tinggi Syariah.

Ini adalah sangat bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan  yang ditetapkan dalam perkara 3 Perlembagaan Malaysia, Sultan-sultan sebagai ketua agama di negeri-negeri dan Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Agama di peringkat persekutuan.

Sekiranya orang-orang melayu dan Islam boleh bersetuju dengan hak kebebasan penganut agama-agama lain untuk mengamalkan dengan bebas kepercayaan agama mereka, mengapa pula ada segelintir pelampau bukan Islam yg tidak rasional terpekik terlolong macam orang gila mahu sedaya upaya menghalang apa yg menjadi hak mutlak orang-orang Islam yang sedikitpun tidak menyentuh mereka?

Sedikit cadangan Pindaan yang tertentu kepada Akta Kehakiman Syariah yg dibentangkan oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah langkah bersejarah yg sangat penting disokong oleh semua umat Islam khususnya wakil2 rakyat yg beragama Islam.

Ini Mesti diperbetulkan. Mana boleh kuasa Mahkamah Syariah lebih rendah dari mahkamah paling rendah dalam kehakiman Lord Reid?

Umat Islam sudah terlalu lama merungut soal ini. Mengapa mahkamah syariah terlalu rendah tarafnya di dalam sebuah negara Islam bagai berada di bawah tapak kaki mahkamah British. Brunei yang lebih lewat merdeka pun lebih berjaya martabatkan kehakiman syariah mereka.

Mufti Perak, Dato' Harussani telah menegaskan orang orang Islam wajib sokong usaha tegakkan syariah.

Jika masih menentang, tidak suka, tidak yakin, bukan nak bantu tapi memperlekeh, sudahkah kita pasti status agama pada kad pengenalan kita digambarkan pada sikap dan tingkah laku kita?

"Oo tidak, saya ingatkan tak apa sebab ini politik saja. Saya jahil agama"

Kalau jahil pergi belajarlah. Jangan kejahilan kita mengheret satu negara untuk terus redha kehakiman syariah terus diinjak-injak martabatnya.

Yang seharusnya semua bersatu hati untuk sama sama memperkasa.

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
1hb. April 2015

Khamis, 26 Mac 2015

BANTU MENGECAM PASMA YANG MENJADI PENGECUT SERTA MENJADI BUDAK SURUHAN DAP DALAM MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM.

Pertubuhan Prihatin Asnaf Negeri Terengganu (BANTU) sekian lama menjadi pemerhati beberapa isu mengaitkan kesucian islam dan kepentingan orang Melayu dalam politik tanahair.

Isu yang menjadi perbualan ramai iaitu dengan kemunculan Persatuan Ummah Sejahtera (PASMA) yang kononnya menjadi penyelamat Pakatan Rakyat. Daripada awal kemunculan PASMA menyebabkan beberapa siri tuduh menuduh dari dalam serta luar dan fitnah terhadap institusi Ulama' yang menjadi lambang kesucian islam. Ternyata PASMA merupakan satu persatuan yang gagal dan diperbodoh oleh pihak tertentu bagi menjayakan agenda peribadi mereka.

Sehubungan dengan itu, BANTU turut tertanya tanya apakah hubungan antara PASMA PKR DAP yang turut sehaluan dalam menyatakan tuduhan mereka kepada institusi Ulama', membuktikan bahawa PASMA bukan makin menjernihkan keadaan malah menyebabkan menjadi makin parah. Ulama' dihina difitnah sewenang wenangnya dengan kenyataan yang amat terkutuk.

Sepatutnya PASMA perlu sedar diri sesuai dengan nama nya Persatuan Ummah Sejahtera bukannya menjadi budak suruhan kepada mereka yang bencikan islam terutama institusi Ulama'. Akhir -akhir ini kebaculan PASMA mulai terserlah apabila kenyataan DAP yang menghina kesucian islam didiamkan sahaja seolah olah mereka setuju dengan penghinaan serta fitnah terhadap institusi Ulama' yang menjadi teras kepada syiar islam.  Jadi ke manakah hala tuju PASMA sebenarnya, konon menjadi penyelamat Ummah tapi yang jelas menjadi talibarut pengkhianat islam sahaja.

Dengan ini, BANTU menyokong Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) untuk mengadakan debat diantara Presiden GANTI iaitu Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim menentang Presiden PASMA Dato Phahrolrazi bertempat diTerengganu yang didakwa kubu kuat mereka. Ini ekoran wakil- wakil PASMA khususnya di Kuala Terengganu terlalu penakut berdepan dengan anak-anak muda untuk memberi jawapan sehingga mereka (PASMA) lebih byk mengelak.

WALLAHUA'LAM.

Setiausaha.
Pertubuhan Prihatin Asnaf Negeri Terengganu.

Selasa, 24 Mac 2015

KENYATAAN DAP TERHADAP PRESIDEN PAS ADALAH BIADAP DAN TERKUTUK

KENYATAAN MEDIA

Keputusan DAP hari ini untuk kekal dalam Pakatan Rakyat adalah telah dijangkakan dan tidak menghairankan.

Mana mungkin DAP bergerak bersendirian bila dalam keadaaan hampir 80% bukan Islam sudah mengundi mereka dan mencapai kemenangan paling besarpun, paling2 bagus mereka setakat boleh berkuasa di Pulau Pinang sahaja.

Adanya PR, mereka kini berasa gagah kerana turut boleh berkuasa di Selangor.

Rakyat boleh menerima kenyataan DAP hari ini secara terbuka walaupun baru kelmarin Pengerusi DAP dilaporkan berhasrat untuk bersama UMNO di dalam kerajaan campuran.

Akan tetapi dalam.menghuraikan keputusan DAP, menyebut perkataan perkataan bersifat menghina seperti 'tiada maruah, tidak jujur', lebih lebih lagi kepada Presiden PAS, Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang adalah biadap dan sangat terkutuk.

Isnin, 16 Mac 2015

IJTIMA' ALAMI MENGANGKAT MARTABAT TERENGGANU KE PERSADA ANTARABANGSA

KENYATAAN MEDIA

Tinggal beberapa hari lagi, Negeri Terengganu bakal menjadi sebuah pusat tumpuan bertaraf antarabangsa, apabila Sekretariat Pejabat Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia menganjurkan Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah di Masjid Rusila. Ijtima ini adalah yang ketiga dianjurkan di tempat yang sama selepas kali pertama dan kedua diadakan pada tahun 1988 dan 1993.

Kita sebagai rakyat Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya harus bersyukur kerana telah direstui oleh Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) kelolaan Dr Yusof al-Qardhawy untuk tampil sebagai tuan rumah. Perlantikan Tuan Guru Haji Abdul Haji Awang sebagai Timbalan kepada al-Qardhawy pula menguatkan lagi tanda kepercayaan kepada kita rakyat Malaysia untuk menjadi agen penyatu umat Islam sedunia. Pastinya Ijtima kali ini bakal mempamerkan kelainan yang lebih hebat daripada dua siri sebelum ini.

Ijtima ini amat besarnya maknanya buat masa depan dunia Islam. Sebagai sebahagian dari tuan rumah, para pencinta Islam seharusnya melihat program ini sebagai usaha mengumpulkan kekuatan umat Islam dari seluruh dunia melalui tokoh-tokoh gerakan Islam di tempat masing-masing. Diharapkan ianya bakal menampung kelemahan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) yang dilihat tidak berfungsi untuk membela isu-isu melibatkan kepentingan umat Islam.