Ahad, 28 Jun 2015

NASIB ORANG MELAYU DI KAMPUNG TANJUNG PAYA, KUALA TERENGGANU: TANAH TERANCAM DIAMBIL ORANG.

Pagi ini saya dan Sabrie Yusof dari Penerangan PAS Kuala Terengganu meninjau masalah dihadapi lebih 10 keluarga yg tanah mereka terhimpit ekoran tindakan menyekat laluan jalan dengan pembinaan pagar sekeliling sekeping tanah persendirian di Kampung Tanjung Paya, Kuala Terengganu.

Masalah bermula bila tanah yg asalnya milik orang melayu berpindah tangan kpd individu bukan melayu 4 tahun yg lalu. Sejak itu pemilik2 tanah berdekatan berterusan ditekan secara halus untuk menjual tanah mereka dengan pelbagai tawaran dan termasuk kini dgn tindakan memagar sekeliling tanah berkenaan.

Saya ditunjukkan pelan tanah dan memang mendapati ada rezab laluan yg telah turut dipagar sama.

Saya dapati beberapa masalah besar akan berlaku termasuklah ketiadaan laluan masuk  ke lebih 10 rumah yg tersekat oleh pagar. Kerana itu kenderaan perlu jauh ditinggalkan diluar. Selain dari itu pili bomba yg terhalang akan menyulitkan penduduk jika berlaku kebakaran. Ini belum lagi urusan ke surau berdekatan yg jelas tersekat.








Saya diberitahu kerajaan negeri ada bercadang menjadikan kawasan sekitar sebagai rezab warisan melayu.

Untuk itu saya tuntut disegerakan sebelum lebih banyak tanah milik melayu terlepas pegangan kepada asing.

Saya ditunjuk nasib sebuah rumah yg terpaksa dikosongkan walau telah berpuluh tahun menetap disitu.

InsyaAllah YBM Dato Raja Kamarul Baharin , Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Ustaz Ahmad Shah, Pengarah MTD Bandar akan segera bertindak membantu apa yg patut.

Saya percaya Pejabat Tanah Kuala Terengganu ada mekanisme membantu urusan laluan masuk tanah yg terlibat.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan PAS
Kuala Terengganu
28hb Jun 2015





Tiada ulasan:

Catat Ulasan