Selasa, 24 Mac 2015

KENYATAAN DAP TERHADAP PRESIDEN PAS ADALAH BIADAP DAN TERKUTUK

KENYATAAN MEDIA

Keputusan DAP hari ini untuk kekal dalam Pakatan Rakyat adalah telah dijangkakan dan tidak menghairankan.

Mana mungkin DAP bergerak bersendirian bila dalam keadaaan hampir 80% bukan Islam sudah mengundi mereka dan mencapai kemenangan paling besarpun, paling2 bagus mereka setakat boleh berkuasa di Pulau Pinang sahaja.

Adanya PR, mereka kini berasa gagah kerana turut boleh berkuasa di Selangor.

Rakyat boleh menerima kenyataan DAP hari ini secara terbuka walaupun baru kelmarin Pengerusi DAP dilaporkan berhasrat untuk bersama UMNO di dalam kerajaan campuran.

Akan tetapi dalam.menghuraikan keputusan DAP, menyebut perkataan perkataan bersifat menghina seperti 'tiada maruah, tidak jujur', lebih lebih lagi kepada Presiden PAS, Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang adalah biadap dan sangat terkutuk.


Perlu diingat, DS Hj Hadi bukan sahaja pemimpin tertinggi dalam PAS malah beliau adalah antara pemimpin paling kanan dalam Kesatuan Ulama Se Dunia yg baru selesai menghimpunkan pemimpin2 gerakan Islam seluruh dunia dari lebih 50 negara.

Keputusan2 yg beliau ambil adalah keputusan PAS. Setelah mengambilkira pandangan institusi2 utama dalam PAS seperti Mursyidul Am, Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama serta juga pandangan Jawatankuasa PAS Pusat.

DAP telah membangkitkan rakyat Malaysia yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu sebenarnya mengundi untuk Dasar Bersama yg dipersetujui oleh Pakatan Rakyat.

Jadi apa masalahnya? Dasar Bersama telah dipersetujui yg mana yg telah dilanggar oleh PAS?

Adakah menolak hudud menjadi Dasar Bersama Pakatan Rakyat?

Orang orang Melayu dan Islam tidak mengundi DAP dan Pakatan Rakyat pada PRU13 lalu untuk ' dasar mengutuk, mengecam dan menolak hudud'.

Orang orang Melayu dan Islam tidak mengundi DAP dan Pakatan Rakyat pada PRU13 lalu untuk ' dasar campurtangan DAP dalam urusan agama Islam dan ummatnya.'

Orang orang Melayu dan Islam tidak mengundi DAP dan Pakatan Rakyat pada PRU13 lalu agar DAP menjadi boss di dalam PR dan boleh mencampuri urusan dalaman kepimpinan PAS.

Kami membantah dan mengutuk kenyataan biadap berkenaan.

Campur tangan DAP dalam urusan dalaman kepimpinan PAS dengan seolah olah memberi isyarat dan ugutan kepada umat Islam khususnya ahli PAS tentang pemimpin PAS yg mana yg boleh diterima DAP adalah satu kegilaan yg mesti dihentikan.

Aksi aksi politik sebegini dilihat rakyat bagaikan mabuk kuasa dan gila.

Masih untung orang2 Islam khususnya ahli PAS belum sampai ke tahap melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP ini sebagai gila babi.

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
AJK PAS KAWASAN KUALA TERENGGANU
KETUA SEKRETARIAT NGO NGO NEGERI
LUJNAH PENGGERAK DEMOKRASI DAN MOBILISASI RAKYAT TERENGGANU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan