Isnin, 6 Julai 2015

Kembalikan FELDA Pada Landasan Sebenar

Terkesan dengan apa yang melanda Felda hari ini tiada jalan selamat kecuali kembalikan pada kedudukan asal sebelum penyenaraian Felda ke BSKL melalui FGV, walaupun memerlukan dana yang sangat besar.

Satu persatu masalah timbul dan banyak perancangan tidak menjadi. Urus niaga diragui, saham menjunan dan pelbagai onar lagi mengiringi.

Bermula perlantikan Tan Sri Isa Samad 4 tahun lalu, episop kemusnahan melangkah bergaya. Memecat pegawai yang berjasa mengurus Felda, melantik pembodek ke jawatan lebih tinggi walaupun terbukti tidak layak.

Trajis peneroka Felda bermula apabila Isa Samad berjaya memaksa perwakilan Koperasi Peneroka Felda ( KPF ) menyerahkan segala aset pemilikan 51% pegangan dalam Felda Holdings Berhad bertukar tangan kepada FGV.

Perwakilan dan pemegang saham KPF bagai dipukau untuk bersetuju dengan tawaran harga pengambilalihan walaupun nilainya jauh lebih rendah dari nilai yang dibuat Firma penilai berlesen.

Hasil tunai RM2.2billion transaksi ini pula, KPF dipaksa membeli sebahagian saham FGV. Pelik bin ajaib.

Penyerahan 360,000 hektar tanah yang diurus Felda Plantation sebagai cagaran paling besar dalam proses penyenaraian FGV telah mengecutkan gah Felda, hasil dari tanah ini yang telah memberi tunai kepada Felda RM1billion setiap tahun, bahkan pernah mencatatkan angka RM1.8billion.

Pengguna tunai RM4.4 billion hasil dari pengambilalihan dan penyenaraian FGV, dibuat secara rakus, beniat jahat dan menaikan harga pembelian secara terancang. Antaranya:

1. RM1.2 billion digunakan untuk menguasai saham Pontian United Plantation Berhad pada harga RM140 sesaham .

2. RM800 juta membeli kilang berasaskan indusrti hiliran di dalam dan luar negara tanpa menyediakan kertas cadangan dan kajian mendalam.

3. RM 500 juta digunakan untuk membeli apartmen mewah, Grand Plaza Servis Aparment, di Bayswater, London. Membeli kondominium mewah di Braintree, Massachusetts, Amerika Syarikat.

4. RM 110.3 juta digunakan untuk hanya menguasai 25% saham Iris Corporation Berhad.

Ini sebagian 'shopping' sakan yang dibuat oleh Isa Samad dan koncu-koncunya untuk melicin laba besar dari penyenaraian.

Pembelian aset dan hartanah tidak menjadi satu kesalahan dan ini satu pelan tersusun perniagaan tetapi menaikkan harga dalam setiap urusniaga ini yang buat amat malang, mencuri duit dengan kaedah terancang.Merompak secara dengan lesen oleh pemerintah tahta kerajaan.

Kejatuan harga saham FGV sehingga RM1.53 daripada harga IPO RM4.55 bukan satu perkara kecil, FGV digantung dan terkeluar dari indeks BSKL setelah harga menjunam tanpa mampu dibuat unjuran kenaikan menambahkan lagi malang FGV.

Ketika dalam keadaan harga saham FGV nazak, Isa Samad terus mengambil peluang mencuri duit FGV dengan alasan memperkukuhkan penguasaan FGV dengan memiliki saham perladangan Syarikat Indonesia Rajawali Group dengan harapan membawa kembali FGV dalam sebaris 30 Syarikat penyenaraian utama indeks BSKL.

Urusniaga di peringkat rundingan pun dah dikeluakan AS$680 juta. Yang gilanya ialah harga yang dibayar oleh FGV sangat tinggi berbanding nilai pasaran saham PT Eagle High Plantation ( EHP ).

FGV membayar hampir sekali ganda nilai saham EHP di Bursa Saham Indonesia ( ISX). FGV membayar 800 rupiah sesaham. Walhalnya harga EPH di pasaran hanya sekitar 400 rupaih.

Semua ini adalah satu komplot besar menjahanamkan Felda, FGV dan negara. Mendedahkan penguasaan asing dalam pemilikan saham perladangan terbesar negara apabila membuat timbal balas perniagaan dengan memberi peluang kepada PT Rajawali melalui EHP memiliki sebahagian kepentingan saham dalam FGV dengan harga RM1.86 sen berbanding peneroka Felda yang terpaksa membeli dengan harga RM4.45

Kesian peneroka Felda seluruh negara, mereka terheret dengan percaturan perompak hasil negara. Mereka sudah cukup terseksa dengan angkara pentadbiran Najib ini. Isa Samad yang berhati kering menjadi pelaksana yang celaka, mengikut arahan sang pemerintah Maha zalim dan pastinya memberi kesan yang sangat besar kepada 1.5 juta warga Felda seluruh negara.

Semua ini perlu diselamatkan oleh kita semua warga Felda, walau terpaksa membayar harga yang tinggi, maruah dan kedaulatan tanah air kita perlu dipertahankan . Legasi Tun Razak telah dimusnahkan oleh anaknya sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

~ Naraza Muda
Ketua Penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan.

NATIJAH BILA KERAJAAN 'BERNIAGA' DENGAN RAKYAT

Semalam saya lalu di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang menjadi kemudahan laluan terpantas setakat ini.

Dalam benak fikiran mula terbayang, tidak lama lagi LPT2 ini juga akan dikenakan bayaran tol, macam yang selalu saya alami bila ke Lembah Klang atau menyusur negeri-negeri Pantai Barat. Rasa macam 'tidak sedap' lagi hendak memandu mengenang bila kena bayar tol nanti.

Sudahlah naik lebuh raya macam naik bot masa laut bergelora kerana struktur jalannya bergelombang. Tiap-tiap malam pula lembu-lembu 'berjoging' ke hulu hilir. R&R tidak siap sepenuhnya untuk kemudahan pengguna dan pam minyak pun tidak ada lagi.

Segala-galanya belum lengkap, tapi sudah ura-ura kedengaran tol akan dikutip tidak lama lagi. Tidak sabar-sabar sungguh hendak kutip tol daripada rakyat; barangkali wang negara sudah banyak dipindah ke akaun-akaun peribadi. 

Lepas ini mesti ada orang komen; "Kalau tidak suka tidak payah naik lebuh raya, lebih baik jalan kaki saja." Ataupun "Tak apa, kami ada duit BR1M yang Umno-BN bagi, kami boleh bayar. Peduli apa!"

Rakyat Pantai Timur (khususnya Terengganu dan Kelantan) sudah sekian lama menunggu kemudahan lebuh raya seperti ini. Selepas 58 tahun Merdeka baru dapat, padahal daripada negeri-negeri inilah antara sumber yang paling banyak dikaut oleh Kerajaan Pusat. Itupun dirampas dan dinafikan hak royalti. Kelantan lagi teruk, dari awal lagi tidak dapat.

Ini di Semenanjung Malaysia, kalau di Sabah dan Sarawak lagi dahsyat. Bukan setakat lebuh raya, elektrik dan air bersih pun masih banyak kampung-kampung yang tidak ada kemudahan-kemudahan asas ini. Masih banyak suasana penempatan, binaan rumah dan kehidupan rakyat di sana yang seolah-olah berada di zaman sebelum merdeka.

Dapat lebuh raya pun diswastakan, rakyat yang kena tanggung. Inilah dasar kerajaan yang berniaga dengan rakyat. Hendak pakai kenderaan kena cukai, naik atas kenderaan pun kena cukai, tambah satu lagi berjalan atas lebuh raya pun kena bayar tol. Pemurah betul rakyat Malaysia, sedia membayar segalanya.

Menyediakan lebuh raya adalah tanggungjawab kerajaan untuk kemudahan rakyat, tidak payahlah diswastakan untuk dibebankan rakyat yang sudah sedia terbeban dengan berbagai-bagai bebanan. 

Adakah betul polisi sebegini? Ya.....rakyat selalu didendangkan Malaysia menuju negara maju; oleh itu kerajaan kena buat bangunan tinggi, jalan raya besar dan selesa, hospital canggih dan lain-lain lagi. Walhal mengikut pengamatan saya; ianya tidak betul.

Kefahaman negara maju sebenar ialah negara yang memudahkan rakyat, bukan negara menyusahkan rakyat. Saya pernah melawat United Kingdom yang merupakan antara contoh negara maju. Tidak banyak bangunan-bangunan tinggi macam Malaysia. Lebuh rayanya selesa dan tidak dikenakan tol, sistem jalan rayanya memudahkan rakyat; masuk M3 keluar Junction 10 kemudian masuk A11, ikut nama jalan dan nombor rumah yang hendak dituju.

Sesiapa yang pernah ke UK kalau beli peta jalannya di kedai dan hendak pergi ke mana-mana insyaAllah sampai ke destinasinya. Asas yang saya hendak beritahu ialah ianya memudahkan rakyat. 

Hanya tinggal lagi beberapa hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ramai yang akan membeli keperluan hari raya dan pulang ke kampung, kecuali yang ikut nasihat 'professor' dalam tv. Mesti dalam kepala fikir macam-macam hendak buat; ziarah sanak saudara, jumpa kawan-kawan lama dan bersuka ria. Tetapi mengenang banyak sangat cukai dan tol yang mesti dikeluarkan rasa seperti segala hasrat tidak akan tercapai, rasa terbantut.

Kerana bila difikir-fikir semula, petrol pun sudah naik baru-baru ni. Pihak konsesi tol berkali telah membayangkan di media tol akan naik, walaupun Menteri rutinnya tetap menafikan. Pengusaha bas pula mendesak-desak kerajaan menaikkan tambang bas. Harga barangan, naik, naik dan naik biarpun Menteri 'rajin' turun memantau dengan media.

Sudahnya mungkin akan ada seruan baru untuk rakyat Malaysia. Berhari rayalah di rumah sahaja bersama keluarga melayani siaran televisyen yang akan sajikan aneka hiburan. Khuatir nanti kalau keluar, kereta tersadai tepi lebuh raya gara-gara kehabisan minyak dan poket pula haus.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua DPPM
20 Ramadhan 1436/07 Julai 2015

Sabtu, 4 Julai 2015

ISU BEKALAN AIR DI TERENGGANU: SEMUA BUAT BUAT TAK NAMPAK.

Kecoh juga isu air di negeri orang.

Di negeri Terengganu banyak juga orang merungut masalah bekalan air paip.

Ada yg  merungut pasal tekanan air rendah, air paip slow. Air berkeladak keruh. Yg pakai penapis yg besar2 di luar rumah, pagi flush cuci filter, petang bila flush lagi keluar air coklat pekat juga.

Di kampung saya,  Durian Burung, mcm kerap sikit berlaku gangguan bekalan air.

Smlm ada berbual dgn beberapa orang. Katanya ada masalah besar yg tunggu masa saja jadi isu besar dalam hal pengurusan air ni.

Terengganu bukan masalah sumber air. Tasik Kenyir sahaja boleh cukupkan bekalan air untuk negeri lain juga.

Masalah pada pengurusan sumber air. Masalah bekalan air terawat yg sudah diproses dan boleh disalur kepada pengguna.

Perancangan dan persediaan jangka panjang.

Adakah sebarang Rancangan Strategik Mampan Jangka Panjang Pengurusan Bekalan Air Terengganu?

Paip paip lama yg bersaiz tidak sesuai. Loji pemerosesan rawatan air yg sudah terlalu berusia. Kapasiti yg tidak cukup. Teknologi. Inovasi.

Sebahagian loji air ada yg berusia sejak zaman penjajah abad ke 18 dengan penambahan mesin dan jentera mengikut keperluan.

Jangan asyik nak barukan cat biru pada batang paip jalan sahaja.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan PAS
Kuala Terengganu
5hb Julai 2015

Ahad, 28 Jun 2015

NASIB ORANG MELAYU DI KAMPUNG TANJUNG PAYA, KUALA TERENGGANU: TANAH TERANCAM DIAMBIL ORANG.

Pagi ini saya dan Sabrie Yusof dari Penerangan PAS Kuala Terengganu meninjau masalah dihadapi lebih 10 keluarga yg tanah mereka terhimpit ekoran tindakan menyekat laluan jalan dengan pembinaan pagar sekeliling sekeping tanah persendirian di Kampung Tanjung Paya, Kuala Terengganu.

Masalah bermula bila tanah yg asalnya milik orang melayu berpindah tangan kpd individu bukan melayu 4 tahun yg lalu. Sejak itu pemilik2 tanah berdekatan berterusan ditekan secara halus untuk menjual tanah mereka dengan pelbagai tawaran dan termasuk kini dgn tindakan memagar sekeliling tanah berkenaan.

Saya ditunjukkan pelan tanah dan memang mendapati ada rezab laluan yg telah turut dipagar sama.

Saya dapati beberapa masalah besar akan berlaku termasuklah ketiadaan laluan masuk  ke lebih 10 rumah yg tersekat oleh pagar. Kerana itu kenderaan perlu jauh ditinggalkan diluar. Selain dari itu pili bomba yg terhalang akan menyulitkan penduduk jika berlaku kebakaran. Ini belum lagi urusan ke surau berdekatan yg jelas tersekat.






Rabu, 24 Jun 2015

SELAMATKAN MARA, HARAPAN RAKYAT. MASIH AMANAHKAH MAJLIS AMANAH RAKYAT DI TANGAN UMNO ?

Majlis Amanah Rakyat (MARA)  sejak awal penubuhannya telah diamanahkan untuk  memainkan peranan membantu peningkatan taraf sosioekonomi bumiputera dengan pelaburan begitu banyak peruntukan dari dana awam yg disalurkan utk mencapai pelbagai objektif murni yg digariskan.

Bidang pendidikan menengah dan pengajian tinggi, latihan teknikal , tajaan biasiswa dan pinjaman pelajaran, keusahawanan, perniagaan memang sinonim dengan MARA.

Ini sesuai dengan amanah yg telah diberikan.

Sejak ditiadakan Kementerian Pembangunan Usahawan yg sangat sinonim dgn MARA, oleh Kabinet yg dibentuk oleh DS Najib, umumnya dapat merasai seolah2 MARA tidak lagi seperti dahulu yg gah dgn berbagai inovasi dan kecaknaan serta ada tajinya dalam bersuara membangunkan bumiputera.

Di bawah Kementerian Luar Bandar, MARA seolah2 mcm hilang dari perhatian orang ramai. Bagai anak kehilangan ibubapa yg memberi dorongan dan motivasi.

Ia tidak lagi kelihatan istimewa seperti dulu.

Terbongkarnya isu pembelian hartanah di Melbourne, Austaralia yg melibatkan berpuluh juta ringgit wang MARA, pada harga yg berlipatkali ganda jauh lebih tinggi dari harga pasaran adalah sangat memalukan.

Pertama kerana ia diberi publisiti meluas dalam media antarabangsa yg seolah olah menggambarkan pegawai2 kerajaan dari Malaysia sebagai korup.

Kedua adalah apabila Pengerusi MARA mengaku tidak sedar kedudukan harga yg terlalu tinggi itu.

Sehingga saya tertanya tanya bukankah amalan piawai bagi pembelian sebarang hartanah, yg dalam kes ini bernilai tinggi dan letaknya di negara asing,  yg tentunya tak munasabah tidak diteliti dulu sebarang laporan penilaian hartanah (valuation report). Adakah tidak dilantik jurupenilai untuk buat penilaian? Paling tidakpun, tiadakah laporan penilaian sekunder?

Tidak masuk akal langsung Pengerusi MARA yg juga mantan menteri berpengalaman serta punya latarbelakang pendidikan yg cemerlang tidak tahu semua ini.

Ketiga , Menteri Pembangunan Luar Bandar , DS Shafie Apdal yg bertanggungjawab terhadap MARA, takkan cuci tangan begitu sahaja? Beliau Naib Presiden UMNO. Antara pemimpin paling kanan.

Keempat, adanya laporan bahawa kelulusan pembelian ini dimuktamadkan oleh Perdana  Menteri sendiri , DS Najib Tun Razak, Presiden UMNO. Ini benar benar mengejutkan.

PAS Kuala Terengganu menuntut kebertangungjawaban ke atas isu yg berlaku kerana isu ini melibatkan integriti MARA,  satu institusi yg menjadi harapan masyarakat bumiputera seluruh negara.

Masih amanahkah Majlis Amanah Rakyat (MARA), bila terpalit isu sebegini dibawah pimpinan UMNO?

Rakyat perlu bangkit pertahankan MARA agar terus amanah dalam fungsi fungsi murni yg menjadi harapan semua.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan PAS
Kuala Terengganu
25hb Jun 2015

Ahad, 14 Jun 2015

KENYATAAN MEDIA

ISU BANGGOL DONAS: RUMAH PENDUDUK DI ROBOH SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN?

PAS Kuala Terengganu mengambil berat berita operasi meroboh rumah penduduk yang terlibat dalam pengambilan tanah untuk tujuan pembinaan jalan Jeram - Banggol Tuan Muda yang kemungkinan besar berlaku pagi hari ini 23 Syaaban, cuma seminggu lagi menyambut bulan Ramadhan yg barokah.

Ini kerana kes ini masih belum dimuktamadkan penyelesaian undang undangnya dan sedang dalam proses mahkamah.

Penduduk yang terlibat masih belum menerima sebarang pampasan atas pengambilan tanah mereka.

Berapa nilainya belum diputuskan mahkamah. Mahkamah telah memberi tarikh bicara bagi pampasan ini pada 25hb Jun 2015.

Jika baru mahu dibicarakan maka jelas sekali isu pampasan belum diselesaikan.

Tanpa pampasan, penduduk yg terlibat tidak punya sumber kewangan untuk mengatur rumah yg baru sebagai ganti.

Saya pernah berhubung langsung dengan Dato' Seri Ahmad Razif bagi mewakili penduduk meminta supaya isu ini diselesaikan secara berhemah kerana penduduk telahpun menyatakan pendirian bukan berhasrat menghalang projek berkenaan. Tetapi malang sekali hasrat untuk berbincang tidak kesampaian kerana tiba tiba Menteri Besar memaklumkan kepada saya Penasihat Undang Undang mahu berlawan di mahkamah.

Ini amat menjengkelkan kerana sesudah dirintis jalan berhemah yg boleh masing masing berlapang dada tiba tiba Menteri Besar boleh tunduk kepada pegawai bawahannya yg hanya memikirkan aspek undang undang sahaja.

Sebagai Menteri Besar beliau berkuasa. Luangkan masa lima minit untuk turun berjumpa pendudukpun sudah memadai jika betul beliau berhati budiman.

PAS Kuala Terengganu menegaskan Isu Banggol Donas perlu diselesaikan dengan cara berhemah.

Merobohkan rumah penduduk yg masih belum menerima pampasan atas pengambilan tanahnya adalah zalim.

Tindakan zalim ini beserta senarai panjang kesalahan, penyelewengan, pembaziran dan salah guna wang rakyat dalam jumlah yg sangat besar, pengkhianatan terhadap negeri dalam isu royalti dan telaga minyak milik Terengganu yg semakin jelas dengan pendedahan terbuka oleh mantan Menteri Besar DS Ahmad Said ADUN Kijal dan Tun Mahathir Mantan Perdana Menteri, mewajarkan agar segala usaha dibuat oleh rakyat Terengganu untuk memastikan UMNO dijatuhkan dari terus memimpin Terengganu.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan PAS
Kuala Terengganu
10hb Jun 2015
23 Syaaban

Khamis, 11 Jun 2015

PEMBINAAN SEMULA PASAR PAYANG MESTI MENGIKUT PERSETUJUAN BERSAMA

KENYATAAN MEDIA

PAS Kuala Terengganu mengambil maklum berhubung pengumuman Kerajaan Terengganu akan merobohkan bangunan lama Pasar Payang pada tahun hadapan bagi memberi laluan kepada pembinaan semula kompleks baru Pasar Payang yg lebih baik dengan mengekalkan konsep pasar rakyat yg sedia ada.

Keputusan ini adalah hasil perbincangan yg melibatkan pelbagai pihak terutama dari pihak yg berkepentingan langsung dari kalangan peniaga yg diwakili oleh Persatuan Peniaga dan Penjaja Pasar Payang, persatuan Pelancong.
PAS telah dijemput hadir sama menyumbangkan idea.

Apa yg diharapkan adalah apa yg akan dibina menepati rumusan yg dipersetujui bersama yang antara lain bertujuan mengekalkan fungsi dan konsep pasar sebagai pasar rakyat dan bukannya pasar berkonsepkan pasaraya mewah atau konsep pasaraya hyper seperti Giant atau Mydin.
Juga cadangan menyatukan keseluruhan termasuk Bazar Warisan agar semuanya dikenali sebagai Pasar Payang sahaja dengan dihubungkan dengan laluan jejambat/jejantas yg bersesuaian.
Bangunan sementara pasar yg cukup dan selesa mesti disiapkan dulu bagi menempatkan semua peniaga yg ada. Jangan sampai peniaga terpaksa berhenti berniaga kerana tapak sementara belum disiapkan.


Rabu, 10 Jun 2015

ISU BANGGOL DONAS: RUMAH PENDUDUK DI ROBOH SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN?

KENYATAAN MEDIA



PAS Kuala Terengganu mengambil berat berita operasi meroboh rumah penduduk yang terlibat dalam pengambilan tanah untuk tujuan pembinaan jalan Jeram - Banggol Tuan Muda yang kemungkinan besar berlaku pagi hari ini 23 Syaaban 1436H, cuma seminggu lagi menyambut bulan Ramadhan yg barokah.

Ini kerana kes ini masih belum dimuktamadkan penyelesaian undang undangnya dan sedang dalam proses mahkamah.

Penduduk yang terlibat masih belum menerima sebarang pampasan atas pengambilan tanah mereka.
Berapa nilainya belum diputuskan mahkamah. Mahkamah telah memberi tarikh bicara bagi pampasan ini pada 25hb Jun 2015.

Jika baru mahu dibicarakan maka jelas sekali isu pampasan belum diselesaikan.

Tanpa pampasan, penduduk yg terlibat tidak punya sumber kewangan untuk mengatur rumah yg baru sebagai ganti.

Saya pernah berhubung langsung dengan Dato' Seri Ahmad Razif bagi mewakili penduduk meminta supaya isu ini diselesaikan secara berhemah kerana penduduk telahpun menyatakan pendirian bukan berhasrat menghalang projek berkenaan.

Isnin, 1 Jun 2015

NGO TERENGGANU PERTEGASKAN TERUS PERJUANG SYARIAH ALLAH





Majlis Perundingan Perlaksanaan Syariah Terengganu (MAPIT) telah menganjurkan majlis makan malam kutipan dana di Permai Park Inn Hotel, Kuala Terengganu pada Jumaat lepas. Lebih 100 peserta terlibat dalam jamuan tersebut.

MAPIT merupakan gabingan NGO-NGO Islam Terengganu yang ditubuhkan bertujuan memperjuangkan syariah Allah yang menyeluruh di bumi Terengganu ini. Berbagai program dan aktiviti telah dianjurkan bagi merealisasikan cita-cita tersebut.

Makan malam tersebut dihadiri khas oleh YB Dr Fadhli Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pra teknikal Hudud Kelantan. Beliau telah bersoal jawab dengan para hadirin berkenaan proses perlaksaan syariah di Kelantan.

Isnin, 25 Mei 2015

RESOLUSI KONVENSYEN PAS TERENGGANU: DEMI UCAP TAHNIAH




Pengerusi DEMI TERENGGANU, Haji Yahaya Ali merakamkan setinggi tahniah buat semua yang terlibat menjayakan Konvensyen PAS Negeri Terengganu di Markaz Tarbiyah PAS, Kubang Lembek semalam.

Penganjuran tersebut menjadi bukti kekuatan dan kesungguhan BPPNT dalam misi menawan Terengganu. Partisipasi daripada seluruh jentera PAS bermula daripada setiap kawasan hingga ke cawangan adalah amat jitu. Sekiranya komitmen ini berterusan, harapan untuk PAS sekali lagi memerintah Terengganu amat cerah.

Konvensyen juga telah mengisytiharkan beberapa resolusi sebagai panduan gerakerja di setiap peringkat. Butirannya adalah seperti berikut:

Selasa, 19 Mei 2015

JANGAN ABAIKAN AMALAN TAZKIYATUNNAFSI


Dalam kitab Aafaat 'alat Toriq(Wabak Sepanjang Jalan)  karangan Dr Sayyid Muhammad Nuh,  dibicarakan Wabak ke 14 iaitu Melalaikan Amalan Di Siang Dan Malam Hari. Takrif yang diberikan, "...mensia-siakan tugas-tugas ibadah yang harus dijaga oleh seorang muslim dslam sehari semalam hingga habis waktunya dan akhirnya hilang. Contohnya,  tidur pada waktu solat fardhu,  mengabaikan solat-solat nafilah(sunat) ,meninggalkan qiamullail,  solat witir,  solat dhuha,  melalaikan wirid al Qur'an,  zikir,  doa,  muhasabah diri,  taubat,  istighfar,  terlambat datang ke masjid,  tidak menghadiri jamaah tanpa uzur yang dibenarkan,  tidak melakukan amal-amal kebajikan lainnya atau mengabaikan adab-adab ijtima'iyah seperti menziarahi orang sakit,  takziah,  bertanyakan hal yang terjadi pada orang lain dan simpati kepada mereka dalam suka dan duka, serta berbagai bentuk ketaatan dan ibadah lainnya."

Orang yang mengabaikan amalan-amalan yang telah disebutkan di atas adalah lemah rohaninya, lemah imannya. Pejuang-pejuang agama sangat berhajat kepada makanan rohani kerana itu bezanya kita dengan musuh Allah. Kekuatan sebenar kita datangnya dari dalam diri. Jiwa yang kuat adalah hasil daripada amal ibadah yang berkualiti dan berterusan. Kita patut bersyukur kepada Allah yang mengurniakan sihat tubuh badan. Maka seharusnya kita tunjuk rasa syukur itu dengan melaksanakan sebanyak mungkin amal ibadah. Amal ibadah yang melimpah ruah merupakan kurnia dari Allah. Antara tanda Allah terima amal kita ialah Dia tambahkan dengan amalan yang seumpama itu juga. Ingatlah Allah berfirman,  لإن شكرتم لأزيدنكم و لإن كفرتم إن عذابي لشديد 'Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahkan untuk kamu,  dan jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu Maha pedih.'

Oleh kerana kita merupakan muslim yang terpilih di kalangan muslim yang ramai atas mukabumi ini untuk memperjuangkan Islam melalui Jamaah Islam, maka sudah tentu amalan kita pun mesti jauh berbeza dengan yang tidak terpilih.

TERUS ISTIQAMAH

Al faqir ilallah
Ibnu Abbas an Najjar
Unit Tarbiyyah GANTI
20 Mei 2015
1 Syaaban 1436

Rabu, 13 Mei 2015

ROYALTI PETROLEUM TERENGGANU: APA LAGI DIRAHSIAKAN MENTERI BESAR?

KENYATAAN MEDIA

Seperti rakyat Terengganu yg lain, GANTI memandang berat pendedahan yg telah dibuat oleh Mantan Menteri Besar Terengganu yang juga masih ADUN Kijal, YB Dato' Seri Ahmad Said di Sidang DUN Terengganu pada 12hb Mei 2015.

Antara yg mengejutkan ialah percubaan mencagar harta negeri, hasil petroleum Terengganu bagi menperolehi pinjaman kerajaan persekutuan.

Juga status PM307 Bertam, telaga minyak yg disahkan berada di perairan Terengganu yg telah mula mengeluarkan hasil, tetapi royalti petroleum dikatakan mahu atau mungkin telah dibayar kepada kerajaan Pahang. Anggaran nilai royalti petroleum tersebut adalah sekitar RM100 juta setiap tahun.

Dan juga pendedahan tentang 1MDB yg sedang diselubungi dakwaan skandal kehilangan lebih RM40billion wang rakyat. Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir dilihat antara yg lantang menyerang DS Najib berkaitan soal ini. Selain dari PR yg konsisten sejak awal mendedahkan isu penyelewengan besar ini tetapi dinafi oleh kerajaan.

DS Ahmad Said mendedahkan 1MDB bermula dgn guna wang Terengganu dgn nama asal Terengganu Investmen Authority. Tetapi beliau mendakwa mendapati terlalu banyak 'hanky panky' (rujuk ucapan di DUN) maka beliau byk lawan Perdana Menteri.

GANTI dalam satu artikel pada 9hb Jun 2014 setahun yang lalu telah melaporkan kemungkinan usaha mencagarkan aset petroleum Terengganu ini.

Lebih2 lagi DS Ahmad Razif dilihat masih muda, terlalu bergantung kepada DS Najib untuk jawatannya lantaran kedudukan politiknya yg terlalu lemah di Parlimen Kuala Nerus yang kalah kepada PAS di semua DUN serta Parlimen. Cuma DUN Seberang Takir yg dimenanginya dgn bantuan undian pos ekoran kem kem askar di situ.

Jika DS Ahmad Said telah membantah cubaan mencagar hasil petroleum Terengganu, rakyat berhak untuk menuntut MB Terengganu sekarang menyatakan status keadaan sebenar hasil petroleum Terengganu sekarang. Apa pendirian beliau?

GANTI sangat sangsi adakah apa yg didakwa telah dibantah oleh Mantan MB, telah pula diteruskan dengan bersetuju tindakan merampas hak dan hasil petroleum Terengganu oleh Persekutuan dengan terlantiknya DS Ahmad Razif sebagai Menteri Besar.

Ini kerana tiada sepatah bantahan pun timbul dari mulut YAB Razif bila tiba tiba kenyataan dibuat oleh kerajaan persekutuan bahawa 'Tiada Minyak Di Terengganu' ketika PRK Pengkalan Kubur yang lalu. Juga tiadanya respon kritis terhadap Akta 750 yg mungkin melanggar sempadan kedaulatan negeri yang melibatkan takrifan sempadan perairan negeri dan persekutuan ekoran pemansuhan Ordinan Darurat yg melemahkan segala hujah dan muslihat persekutuan disebalik rampasan hasil petroleum Terengganu dan Kelantan.

Apakah ada lagi rahsia yang lebih besar disembunyi dari rakyat?

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
14hb Mei 2015

Isnin, 11 Mei 2015

ISU TABUNG HAJI BAKAL MELETUP DI BESUT

Besut telah dipilih oleh Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu (DEMI) sebagai daerah sulung bagi penganjuran Jelajah GST. Ianya akan berlangsung pada 16 Mei ini.

Program tersebut akan bermula seawal 9 pagi dengan acara Bengkel Gerakan Kepenggunaan. Ianya akan dikelolakan oleh Haji Azmi Abdul Hamid, Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bertempat di Dewan Haji Salleh, Kg Alor Lintah.

Bengkel ini bertujuan melatih aktivis masyarakat supaya mampu memberi pendidikan kepada rakyat bawahan tentang kuasa dan hak mereka sebagai pengguna. Isu kepenggunaan amat sinonim dengan masalah GST kerana cukai tersebut melibatkan hampir kesemua barangan kegunaan harian.




Sabtu, 9 Mei 2015

JELAJAH GST TERENGGANU: BESUT

Gerakan Bantah GST diperingkat Nasional mendapat sambutan dan momentum hebat. Program seperti HINDAR, BANTAH GST 1 MAY menguatkan gelombang kebangkitan rakyat.

Isu terbaru Tabung Haji benar2 membakar hati rakyat kerana wang simpanan bagi tujuan ibadah telah diurus secara tak munasabah.

Keputusan Rompin dan Permatang Pauh byk kesannya kpd pertimbangan kerajaan dan memberi mesej yg jelas.

Di Peringkat PAS Negeri Terengganu telah setuju gelombang ni perkukuh melalui program Jelajah Bantah GST ke seluruh negeri.

Setiap kawasan akan ada satu hari khusus kempen GST. Pagi sampai malam ada mcm2 aktiviti.

Yang terdekat adalah Kempen Jelajah Bantah GST Peringkat Kawasan Besut pada Sabtu 16hb Mei 2015 ni.

Pengisian seperti berikut:

1. Pagi. Bengkel Kepenggunaan " Teknik Menangani Isu Pengguna"
Oleh Persatuan Pengguna P.Pinang CAP.
Tn Hj Azmi Abdul Hamid, Tokoh TERAS/MAPIM juga Timb Presiden CAP akan perturun ilmu. Tentu sekali Tabung Haji isu pengguna yg besar.

2. Petang 2-4.30 ptg
Wacana GST
Program dua hala.
Panel: Tn Hj Azmi Abdul Hamid TERAS/MAPIM
Prof Madya Dr Fuad Salleh UNISEL
Ust Zaharuddin Majlis Syura Ulama
Hj Amzad Presiden GANTI

3. Lepas Asar
Flashmob dan Himpunan besaran2 Bantah GST di tengah bandar Jerteh.
Pidato bakar semangat dari pimpinan tempatan, ngo dan jemputan.
Diselang seli dgn.kumpulan Buskers (pemuzik jalanan) yg bawa lagu bantah gst dan derita rakyat.

4. Sebelah.malam.lepas Isya.
Ceramah Umum Bantah GST.
1. HJ AZMI TERAS
2. Dr Fuad
3. Ustaz Nazri ( Calon PRK Rompin)
4. YB Ustaz Md Nor, ADUN B.PAYUNG.

Edaran Risalah.

JOM BANTAH GST

Khamis, 30 April 2015

TUNTUT PERAKUAN TAHAP KESELAMATAN STADIUM SULTAN MIZAN

KENYATAAN MEDIA GANTI
27hb. April 2015


GANTI beroleh maklumat Stadium Sultan akan digunakan untuk perlawanan pada 16hb. Mei 2015. Untuk itu satu majlis solat hajat akan dibuat di stadium pada 30hb April ini.

Dalam pada mengalu alukan kesediaan Kerajaan Terengganu membuka kembali Stadium Sultan Mizan yang sudah begitu lama menjadi sia sia kerana tak dapat digunakan ekoran kegagalan projek ini yang ditimpa malapetaka runtuh sebanyak dua kali, kerajaan kena memastikan stadium berkenaan sudah benar benar sedia untuk menerima peminat peminat bolasepak yg besar bilangannya. Ini khususnya dari aspek keselamatan fizikal bangunan stadium itu sendiri sama ada kerja kerja pemulihan dan pembaikan telahpun diperakui menyelesaikan isu isu kecacatan struktur yg telah terjadi ekoran dua kali kejadian runtuhan yang lalu.

Ahad, 26 April 2015

KONSEP KT WALK DI BANDAR KUALA TERENGGANU

KENYATAAN MEDIA

Berhubung dengan pengenalan KT Walk di tengah bandar Kuala Terengganu yang diadakan setiap hari Jumaat bermula jam 3 petang, saya menerimanya secara positif walau ada juga kedengaran rungutan yang mana saya harap dikumpulkan untuk penelitian dan penambahbaikan.

Isu institusi pasar malam adalah isu yang selalu saya tulis dan ucapkan dalam ceramah ceramah terutamanya dalam program program pidato rakyat di pasar pasar malam yang pernah saya hadiri.

Kami punya hubungan yg baik dengan persatuan pasar malam dan selalu mencatat masalah dan cadangan. Pasar malam tempat orang melayu berniaga. Selalunya dilayan bagai warga kelas ketiga, sesuka hati diarah pindah lokasi bagai kaum nomad.

Di negara maju, malah di Kuala Lumpur, Chow Kit dan Petaling Street sejak dulu hingga kini jadi tarikan pelancong.

Malah banyak lokasi di Kuala Lumpur dibuat acara mingguan pasar malam dgn menutup jalan pada tempoh tertentu untuk penjaja berniaga mencari rezeki. Misalnya jalan sekitar Hotel Vistana di Kuala Lumpur.

Di Kuala Terengganu kita pernah bersuara masalah tekanan dihadapi oleh golongan penjaja dari segi lokasi dan syarat perlesenan yang mungkin perlu dimudahkan lagi. Penguatkuasaan yang dilaporkan ada kes kurang bertimbangrasa.

Cadangan supaya kerajaan menggazetkan lokasi dan masa untuk pasar-pasar malam supaya kekal dalam kalendar rakyat selalu kami sebut dengan pelbagai manfaat yang boleh diraih.

Kerajaan boleh merancang kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air, tandas awam yang mencukupi dan berkualiti, surau awam yang bagus, kemudahan pembuangan sampah dan lain lain lagi.

Kerajaan mungkin boleh tambahkan pencahayaan agar lebih terang. Tumpuan perlu dibuat agar masalah parking dapat diatasi. Ini mungkin lebih selesa bila kompleks parking yang baru dibina siap dan begitu juga KT Mall yg dijanjikan boleh dibuka tak lama lagi.

Laluan jalan perlu direka supaya kenderaan boleh bergerak lancar. Jika perlu polis trafik mungkin boleh diminta membantu.

Dilaporkan ada kegiatan karaoke. Di Kuala Lumpur pun mereka tak buat. Tak usahlah kita di Terengganu jadi tukang cambah dan suburkan budaya lalai begini.

Saya cadangkan supaya Kerajaan kempen solat berjemaah bila tiba waktu solat. Atau tetapkan 15-30 minit setelah Azan supaya tempoh bertenang untuk peniaga solat ditempat pilihan masing jika surau tiada.

Biarlah di negeri kita yang 90% rakyatnya beragama Islam dan melayu kita bina budaya pasar yg punya karakter budaya Islam dan melayu yang indah dan tersendiri.

Sebenarnya tak perlu binaan kekal untuk surau KT Walk. Naikkan kanopi. Buat dinding kanvas. Kipas angin atau portable aircond. Sebagai surau sementara.

KT Walk adalah medan untuk orang melayu berniaga di tengah-tengah pusat bandar. Walau saya jangkakan lokasi yg berbeza, tapi kesediaan MBKT memperuntukkan lokasi dan masa ditapak tumpuan (prime area) adalah peluang besar untuk showcase yg berupaya menonjolkan peniaga peniaga melayu.

Bank-bank yg berdekatan memudahkan akses kpd mesin ATM untuk pengeluaran tunai.

Saya harap kerajaan bersedia melakukan lebih banyak penambahbaikan.

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden GANTI
25hb April 2015

Sabtu, 25 April 2015

SANGKAAN

يا أيها الذين أمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن ان بعض الظن اثم و لا تجسسوا و لا يغتب بعضكم بعض أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه و اتقو ا الله ان الله تواب رحيم

12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

TAKRIF SANGKAAN

Sangkaan ialah Persepsi atau tanggapan. Ia terbahagi kepada sangkaan baik dan sangkaan buruk. Sangkaan buruk(prasangka) akan menjadi topik perbincangan dalam artikel ini.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, prasangka ialah sangka (anggapan) buruk terhadap sesuatu (seseorang) sebelum mengetahui (menyelidiki yang sebenarnya). Sedangkan berprasangka ialah menaruh prasangka. Adapun keprasangkaan pula ialah sifat (rasa) prasangka.

ASBABUL NUZUL

Setengah ulama’ mengatakan ayat ini diturunkan kepada dua orang sahabat nabi s.a.w. Sudah menjadi kebiasaan, apabila bermusafir, Rasulullah akan mencampurkan sahabatnya yang susah dengan sahabat yang senang. Ini bertujuan untuk menanamkan sifat ukhuwwah di antara satu sama lain. Orang yang senang akan menolong saudaranya yang susah. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. telah meletakkan Salman al farisi dengan dua orang lelaki dari kalangan sahabat yang dianggap lebih berada daripada Salman al farisi ketika itu.

Di sepanjang perjalanan dalam musafir itu berlaku suatu peristiwa di antara Salman dengan dua sahabat tadi di mana mereka terlewat bangun tidur, sedangkan Salman ditugaskan untuk menyediakan makanan buat mereka. Kedua-dua sahabat tadi menyuruh Salman bertemu Rasulullah untuk mengambil makanan. Apabila sampai, Rasulullah memberitahu Salman bahawa makanan telah habis, lalu menyuruhnya berjumpa dengan Usamah bin Zaid (ditugaskan menjaga perbekalan).

Salman pun pergi berjumpa dengan Usamah sebagaimana diarahkan nabi, tetapi malangnya Usamah juga menyatakan makanan sudah habis. Lalu Salman balik dalam keadaan tiada makanan bersamanya. Dua sahabat tadi menuduh Usamah bakhil kerana sengaja tidak mahu memberi mereka makanan. Akhirnya Salman dihantarkan pula kepada sahabat-sahabat lain untuk memperolehi makanan. Dalam keadaan ketiadaan Salman, dua sahabat tadi bercakap-cakap pula mengenai Salman dengan tidak mengharapkannya lagi.

Rasulullah s.a.w. telah melihat telatah kedua orang sahabat itu, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kedua orang sahabatnya:

ما لي أري خضرة اللحم في أفواهكما

Maksudnya:

”Aku melihat kamu berdua sedang memakan daging.”

Lalu sahabatnya berkata:

يا نبي الله و الله ما أكلنا فى يومنا هذا لحما و لا غيره

Maksudnya:

“Wahai nabi Allah, kami tidak makan apa-apa lagi pada hari ini sama ada dagingatau makanan yang lain.”

Rasulullah menjawab:

ولكنكما ظلمتما تأكلان لحم سلمان و أسامة

Maksudnya:

“Tetapi kamu berdua berlaku zalim dan kamu telah memakan daging saudara kamu iaitu Salman al Farisi.”

Lalu Allah turunkan ayat 12 surah al Hujurat sebagaimana di atas. Ia menunjukkan kepada kita betapa besarnya dosa mengumpat sehingga digambarkan seolah-olah kita memakan daging saudara kita sendiri.

TAFSIR AYAT

As Sobuni menyebutkan : Jauhilah kamu dari tohmahan, khianat dan buruk sangka terhadap keluarga dan manusia. Diibaratkan dengan banyak (كثيرا ) di sini untuk mengambil langkah berhati-hati kepada setiap zhan atau sangkaan dan jangan terlalu gopoh membuat kesimpulan sehinggalah disiasat dan dipastikan kebenaran sangkaan itu. Ini kerana sebahagian zhan merupakan dosa yang mengakibatkan tuannya dengan hukuman Allah s.w.t. sama ada di dunia dan di akhirat.

Ia ada kaitan dengan konsep tabayyun(tindakan menentukan sama ada khabar berita benar atau salah) dalam ayat keenam surah yang sama.

Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat di atas, sebahagian sangkaan adalah dosa. Bermakna ada sangkaan yang membawa dosa dan ada sangkaan membawa pahala. Yang membawa dosa sudah tentulah sangkaan yang buruk atau disebut prasangka. Manakala yang membawa pahala dipanggil sangkaan baik. Dalam istilah arab, sangka buruk ialah su’uzzhan((سوء الظن, manakala sangka baik ialah husnuzzhan( حسن الظن).

Contoh prasangka : Seseorang yang berjanji untuk datang mesyuarat pada jam 3 petang. Tiba-tiba dia datang lewat. Ahli mesyuarat yang menunggu berprasangka kepada beliau dengan mengatakan beliau seorang yang tidak menjaga waktu dan tidak menghormati ahli mesyuarat sedangkan kemungkinan-kemungkinan yang lain masih ada. Mungkin beliau kesesakan lalulintas dan sebagainya.

Allah jalla wa ’ala memerintahkan orang yang beriman menjauhi sangkaan kerana kebanyakan sangkaan merupakan DOSA! Daripada sangkaan tadi, timbul pula keinginan untuk mengintip-intip dan mencari-cari keburukan orang. Lalu apabila terbongkar, terus disebarkan kepada umum menyebabkan aib kepada si mangsa intipan. Inilah yang dilarang keras dalam agama. Ia termasuk dalam dosa ghibah atau mengumpat kalau yang dibongkar itu benar. Kalau berita itu palsu, maka ia termasuk dalam namimah atau fitnah. Allah subhanahu wa ta’ala menyamakan orang yang mengumpat dengan perbuatan memakan daging saudaranya! Di akhir ayat, Allah menyeru agar orang beriman bertaqwalah kepadaNya. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat dan maha mengasihani.

DUNIA PERSEPSI

Kini, istilah persepsi sangat popular dalam masyarakat. Sebenarnya konsep ini sudah lama berlegar dalam sistem sosial kita. Bahkan ia wujud dalam mana-mana masyarakat dalam dunia sekalipun. Persepsi atau tanggapan atau sangkaan merupakan istilah-istilah yang membawa erti yang sama. Ia boeh jadi baik dan boleh jadi juga buruk. Kalau buruk persepsi, maka natijahnya buruk. Begitulah sebaliknya. Pandangan masyarakat umum terhadap sesuatu isu atau individu, kelompok masyarakat bergantung kepada persepsi yang menguasai minda mereka. Persepsi boleh diterjemahkan sebagai ’bagaimana kita melihat sesuatu’. Perkara yang sama boleh melahirkan persepsi yang berbeza bergantung kepada cara pemikiran seseorang. Ia mungkin positif, dan mungkin juga negatif! Yang negatif inilah dipanggil sangka buruk atau suu’uzzhan.

Mungkin masyarakat tidak merasakan dosa berprasangka buruk merupakan dosa yang besar kerana ia sudah menjadi darah daging mereka, sedangkan Rasulullah pernah bersabda,  ”اياكم و الظن فان الظن أكذب الحديث”. Maksudnya: ”Awasilah kamu daripada berprasangka, kerana prasangka adalah sebohong-bohong ucapan.”(Muttafaqun alaihi).

Bahkan Allah jalla wa ’ala berfirman dalam ayat 116 surah al An’am,

و ان تطع أكثر من في الأرض يضلوك عن سبيل الله ان يتبعوك الا الظن و ان هم الا يخرصون

116. Dan jika Engkau menurut kebanyakan orang Yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah Yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

Al Sobuni menjelaskan bahawa jika kita taati golongan kafir yang jumah mereka ramai di muka bumi nescaya mereka menyesatkan orang beriman dari petunjuk Allah.

Masyarakat Islam kini banyak dipengaruhi oleh cara berfikir yang diwarisi dari barat. Pendidikan sains sosial rata-ratanya diambil dari idea-idea cendekiawan barat yang mewarnai silibus pembelajaran ilmu psikologi di institusi pengajian tinggi. Lalu lahirlah ramai doktor-doktor dan profesor-profesor Islam tetapi celupannya barat, mempromosikan ilmu dan cara berfikir ala kebaratan. Sehingga timbul ungkapan, ”Sesiapa yang tidak percayakan persepsi, maka ia adalah primitif.” Ini sangat bertentangan dengan apa yang diajar oleh Allah melalui ayat-ayat dalam surah al hujurat ini. Bagaimana mungkin kita mahu berkiblatkan orang barat dan pemikiran mereka sedangkan mereka sekali-kali tidak mengikut kaedah Islam dalam isu zhan ini melainkan hanyalah sangkaan dan waham yang mereka warisi dari nenek moyang mereka sehingga mereka merasakan berada atas jalan kebenaran. Padahal merekalah orang-orang yang berdusta atas nama ilmu sains sosial.

Adakah boleh kita katakan sesuatu itu adalah benar hanya kerana majoriti masyarakat mengatakan benar? Contohnya seorang muslim yang tinggal di negara yang majoritinya kristian, adakah wajib dia mengikut persepsi masyarakat negara itu yang memandang semua orang Islam adalah ganas? Sudah tentu tidak.

PERSEPSI BERUBAH MENJADI INFORMASI

Sebuah hadis qudsi menyebut, ” ان ظن خيرا فله و ان ظن شرا فله- رواه أحمد  “انا عند ظن عبدي بي yang maksudnya, ”Aku di sisi(sebagaimana) sangkaan hambaKu denganKu, sekiranya dia(hambaKu) bersangka baik, maka baginya(natijah baik), dan sekiranya dia bersangka buruk, maka baginya juga(natijah buruk)”. Hadis Qudsi ini mengajar kita agar berfikiran positif kerana Allah redha dengan sangkaan baik dan murka dengan sangkaan buruk. Sekiranya kita berfikiran negatif, maka ia membentuk informasi yang salah dalam masyarakat. Menurut kajian barat, proses persepsi boleh ’mengubah’ apa yang manusia lihat. Apabila kita melihat sesuatu dengan konsep yang telah diprasangkakan, kita akan anggap prasangka itu sebagai maklumat atau fakta. Keadaan ini berlaku oleh kerana manusia mampu untuk memahami informasi baru tanpa ‘the inherent bias of their previous knowledge’ (pengetahuan lampau tentang sesuatu yang diwarisi secara berpihak).

Ada orang yang berhujjahkan hadis ini untuk menjustifikasikan bahawa benarnya konsep persepsi berubah menjadi informasi atau fakta. Kalaulah begitu, biarlah kita menjadi warga yang sentiasa berpersepsi baik agar natijahnya baik. Melainkan kita memang berniat untuk membentuk persepsi buruk terhadap individu atau organisasi tertentu.

Peranan media sangat penting dalam membentuk persepsi yang baik dalam masyarakat. Apa yang sering media paparkan, itulah yang akan menguasai minda masyarakat umum. Kesimpulannya, apa yang bermain di minda masyarakat, kemudian menjadi informasi dan fakta bagi mereka, tidak semestinya benar dan baik di sisi Islam.

Ini merupakan suatu cabaran yang sangat besar dan getir bagi umat Islam khususnya pendokong perjuangan Islam untuk membentuk persepsi yang baik di kalangan masyarakat terhadap apa yang mereka bawa selama ini agar diterima ramai dengan baik.

Ibnu Abbas an Najjar
Unit Tarbiyyah GANTI
7 Rejab 1436

Rabu, 22 April 2015

JAMAAH ISLAM PERLUKAN MURABITUN

Murabitun merujuk kepada anggota jamaah yang bekerja sepenuh masa untuk Islam, tidak kira sama ada dibayar elaun bulanan atau dengan biayaan sendiri. Murabitun dalam negara Islam merujuk kepada tentera-tentera Islam yang bertugas menjaga sempadan tanah air negara Islam. Mereka berkorban jiwa raga untuk jaga kedaulatan tanah air Islam. kedua-dua jenis murabitun ini jika mati,  mereka mati syahid di jalan Allah sama ada dapat syahid akhirat (diuruskan jenazah mereka seperti biasa-mandi,  kafan,  solat, kebumi)  atau dunia akhirat.

Kedudukan murabitun dalam jamaah Islam sangat mulia kerana kehidupan mereka diinfaqkan untuk jalan Allah tidak kira di arena dakwah,  tarbiyyah dan siasah. Fikiran mereka 100% untuk jamaah. Mereka tidak dapat meluangkan masa dengan anak isteri seperti orang lain. Malam mereka penuh dengan aktiviti jamaah seperti mesyuarat,  usrah,  ceramah,  dan seumpamanya. Siang mereka juga untuk jamaah, mungkin melaksanakan tugas-tugas kepejabatan, menguruskan borang-borang keahlian jamaah dan seumpamanya. Mungkin sebahagiannya menjaga institusi-institusi pendidikan milik jamaah. Mungkin juga sebahagiannya menjalankan aktiviti ekonomi jamaah di siang hari. Di saat orang biasa bercuti di hujung minggu,  hidup mereka dikelilingi aktiviti jamaah yang padat. Di saat orang biasa bekerja makan gaji di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta,  mereka ditugaskan sepenuh masa di markaz-markaz pilihanraya apabila muncul pilihanraya kecil dan umum.

Justeru,  orang ramai di kalangan amilin(petugas-petugas),  ahli jamaah,  penyokong-penyokong seharusnya menghargai mereka dengan memberi sokongan kewangan atau sekurang-kurangnya sokongan moral. Bukan menuding jari atau mencari kesilapan dan kesalahan apabila natijah pilihanraya tidak sebagaimana yang dikehendaki.

Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang-orang yang benar-benar menginfaqkan diri untuk jalan Allah dan mati dalam keadaan dikurniakan syahid insyaAllah, sebagaimana sabda Nabi saw,

من سأل الشهادة بصدق بلغه الله منازل الشهادة و إن مات على فراشه
Maksudnya,

"Barangsiapa yang meminta syahid dengan benar,  Allah sampaikan dia ke maqam syahadah walaupun ia mati atas katilnya. "

Ibnu Abbas An Najjar
Unit Tarbiyyah GANTI
23 April 2015
4 Rejab 1436

TINTA TARBAWI

إن في خلق السماوات و الأرض و اختلاف الليل و النهار لآيات لأولى الألباب. الذين يذكرون الله قياما و قعودا و على جنوبهم و يتفكرون في خلق السماوات و الأرض.

"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan silih berganti malam dan siang,  ada tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir. Iaitu mereka yang mengingati Allah ketika berdiri,  duduk dan berbaring (di atas lambung mereka) , dan mereka berfikir pada penciptaan langit dan bumi."

Ada dua tafsiran di sisi mufassirun pada ayat "mereka mengingati Allah ketika berdiri,  duduk dan berbaring".

Pertama, 'mengingati Allah dalam ayat tersebut merujuk kepada mendirikan solat,  sebagaimana sabit dalam hadis Nabi saw yang berbunyi,  "صل قائما فإن لم تستطع فقاعدا و إن لم تستطع فعلى جنب" yang maksudnya,  "Solatlah dalam keadaan berdiri,  sekiranya tidak mampu,  dalam keadaan duduk,  sekiranya tidak mampu juga hendaklah dalam keadaan berbaring."

Kedua,  ia membawa makna zahir ayat iaitu Ulul Albab ialah orang-orang yang sentiasa mengingati Allah di setiap masa. Aisyah pernah menyebut,  "كان النبي صلى الله عليه و سلم يذكر الله في كل أحيانه" yang bermaksud, "Adalah Nabi saw sentiasa mengingati Allah."

TAKRIF ZIKRULLAH

Ada dua kalimah di sini:Zikir dan Allah. Secara bahasa,  zikir asal dari ذكر يذكر ذكرا yang maknanya SEBUT atau INGAT. Maka Zikrullah bererti MENGINGATI ALLAH. Adapun secara istilahi,  zikrullah merujuk kepada lafaz-lafaz khusus yang diajar Nabi saw sebagai salah satu usaha tazkiyatunnafsi(penyucian jiwa), seterusnya mendekatkan diri dengan Allah azza wa jalla.

Lafaz khusus ini ada yang diajar Nabi saw untuk dibaca selepas solat lima waktu. Contohnya bacaan Tasbih,  Tahmid dan Takbir yang diperintahkan baca 33 kali. Ada juga dalil umum yang mengajak orang beriman agar perbanyakkan zikrullah tanpa hadkan bilangan.

KESAN ZIKRULLAH

Ada dua ayat menyentuh tentang kesan zikrullah. Pertama, ia menenangkan hati. Firman Allah, 

ألا بذكر الله تطمئن القلوب
yang maksudnya,  "Ketahuilah bahawa dengan zikrullah , ia menenangkan hati-hati."

Kedua,  menggetarkan hati-hati(kerana takutkan Allah) sebagaimana firman Allah,

إنما المؤمنون الذين أذا ذكر الله وجلت قلوبهم......
yang maksudnya,  "Hanyasanya orang-orang beriman itu ialah apabila disebut Allah,  bergetar hati-hati mereka."

HUBUNGAN SYARIAT DAN HAKIKAT ZIKRULLAH

Syariat Islam mengajar kita zikir-zikir berlafaz di lidah bertujuan melatih diri agar senantiasa mengingati Allah di setiap masa. Syarat zikrullah berlafaz diterima Allah ialah sebutan kita betul,  tidak lari maknanya. Kedua,  kita fahami makna lafaz itu. Bayangkan jika kita benar-benar jadikan amalan zikrullah setiap kali selepas solat lima waktu setiap hari,  sudah tentu kebarangkalian mengingati Allah di luar solat dan di luar sejadah lebih besar berbanding orang-orang yang tidak basahkan lidah dengan zikrullah.

PENUTUP

Kata Ibnu Atoillah as Sakandari, 

“لا تترك الذكر لعدم حضورك مع الله فيه ,لأن غفلتك عن وجود ذكره أشد من غفلتك فى وجود ذكره.فعسى أن يرفعك من ذكر مع وجود غفلة ..إلى ذكر مع وجود يقظة, و من ذكر مع وجود يقظة إلى ذكر مع وجود حضور ,و من ذكر مع وجود حضور إلى ذكر مع غيبة عما سوى المذكور ..و ما ذلك على الله بعزيز”

” Jangan kamu meninggalkan zikir, ( menyebut @ mengingat Allah ) disebabkan tidak hadir hatimu terhadap Allah dalam zikir itu, ini kerana kelalaian kamu terhadap Allah ketika tidak berzikir itu lebih berat @ bahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir. Mudah-mudahan Allah S.W.T. akan mengangkat darjatmu daripada zikir yang ada kelalaian, kepada zikir yang hatimu sentiasa sedar. Dan seterusnya kepada zikir yang beserta kehadiran Allah dalam hati, dan akhirnya kepada zikir yang lenyap segala yang lain selain Allah. Dan itu semua tidaklah sukar bagi Allah. “

Berzikirlah walaupun hati masih lalai. Teruskan istiqamah berzikrullah hingga ke akhir hayat dengan cara yang diajar oleh Nabi saw, ditunjuk kepada kita oleh alim ulama' sepanjang zaman. Jauhilah cara-cara yang syaz(ganjil) kerana dibimbangi terjerumus ke lembah kesesatan.

Wallahu a'lamu bissowab.

Ibnu Abbas an Najjar
Unit Tarbiyyah GANTI
22 April 2015
3 Rejab 1436

Selasa, 21 April 2015

DIALOG TERBUKA MERUNGKAI ISU KAMPUNG BANGGOL DONAS: MENCARI TITIK PENYELESAIAN

KENYATAAN MEDIA GANTI

Susulan dari kesanggupan pihak Jawatankuasa Bertindak Kampung Banggol Donas (JBBD) yang di ketuai oleh Tuan Hj. Salleh Embong untuk menjawab semua kekeliruan dan fitnah yang dilontarkan kepada perjuangan JBBD, GANTI telah mengambil inisiatif untuk cuba mempertemukan Tn Hj Salleh dengan YAB Dato' Menteri Besar dalam satu dialog terbuka yg diharap memberi ruang kpd JBBD dan pihak Kerajaan Negeri Terengganu mencari jalan penyelesaian kpd isu yg terlalu lama berlarutan.

Hari ini saya sendiri telah ke Pejabat Menteri Besar untuk menyerahkan surat jemputan bagi menjayakan dialog berkenaan.

Sebelum itu saya dikejutkan dengan berita tindakan provokatif yg kebudak budakan yg menggesa penduduk Kampung Banggol Donas menandatangani kanvas besar yg bertulis gesaan untuk kerajaan bertindak terhadap pemilik pemilik tanah. Ini betul betul berhampiran rumah mangsa terlibat. Malah ada berita MB pun turut hadir tandatangan.

Sayang sekali mangsa sudah berkali2 berharap dapat berjumpa MB untuk selesaikan masalah, namun begitu walau MB sudah sampai begitu hampir dgn rumah mangsa, YAB Dato memilih untuk hadir tandatangan kanvas berkenaan sahaja dan bukannya menziarah mangsa dan bertanya khabar.

GANTI berharap YAB Dato Razif dapat memberikan maklumbalas terhadap jemputan berkenaan.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Presiden GANTI
21hb April 2015

Kandungan Surat.

Kepada

YAB DATO’ HJ. AHMAD RAZIF BIN ABDUL RAHMAN
Menteri Besar Terengganu
Wisma Darul Iman
Kuala Terengganu

21hb. April 2015

Assalamua’laikum Wrt. Wb.

Yang Amat Berhormat Dato’,

Per : Jemputan Dialog Terbuka Merungkai Isu Kampung Banggol Donas: Mencari Titik Penyelesaian

Merujuk kepada perkara atas, sukacita dimaklumkan Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) adalah sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang bergerak cergas di negeri Terengganu membantu masyarakat membuat perubahan dalam permasalahan kehidupan masyarakat khususnya bersabit isu-isu rakyat.

2.Berhubung dengan isu di atas GANTI berpandangan isu ini sudah berlarutan terlalu lama sehingga merugikan rakyat, kerajaan dan juga penduduk kampung yang terlibat dalam pertikaian. Berbagai maklumat yang tidak benar serta mengelirukan orang ramai tersebar yang perlukan penjelasan.

3.    GANTI telah mengambil inisiatif berbincang dengan Jawatankuasa Bertindak Isu Banggol Donas (JBBD) yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Salleh bin Embong yang kami dapati sebenarnya mahu menyelesaikan dan memberi penjelasan berhubung isu ini serta merungkai segala permasalahan. Kami dapati JBBD tidak berpendirian menentang projek pembangunan yang mendatangkan manfaat kepada rakyat.

4.  Sehubungan dengan itu GANTI dengan persetujuan Tuan Haji Salleh Embong yang mewakili JBBD dengan sepenuh harapan menjemput YAB Dato’ untuk hadir atau menghantar wakil bagi sebuah program  “Dialog Terbuka Merungkai Isu Kampung Banggol Donas: Mencari Titik Penyelesaian”.

5.   Tarikh serta tempat bagi Dialog ini kami pohon YAB Dato’ yang tentukan mengikut kesesuaian masa YAB dengan maklum balas YAB Dato’ semoga dapat kami terima dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini.

6.    Sekali lagi kami ingin menyatakan harapan kami agar Isu Banggol Donas ini dapat diselesaikan dengan cara yang merungkai segala kekilanan di semua pihak. Sementelah lagi isu ini melibatkan masyarakat kampung, tanah pemilikan melayu, sesama umat Islam dan bangsa melayu yang mana YAB Dato’ selaku Menteri Besar  Terengganu mempunyai kuasa untuk menamatkan isu ini secara baik dan harmoni.

7. Untuk sebarang pertanyaan, pihak YAB Dato’ bolehlah berhubung terus dengan saya, Haji Ahmad Amzad bin Hashim ( Presiden GANTI) di nombor telefon 019-985 4013.

Kerjasama dan jasa baik dari pihak YAB Dato’ saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, dengan hormatnya dan terima kasih.

Wassalamua’laikum Wrt. Wb.

Yang benar

Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden GANTI

Salinan:
1)Jawatankuasa Bertindak Banggol Donas (u.p: Tn. Hj. Salleh Embong)

DIALOG TERBUKA MERUNGKAI ISU KAMPUNG BANGGOL DONAS: MENCARI TITIK PENYELESAIAN

KENYATAAN MEDIA GANTI

Susulan dari kesanggupan pihak Jawatankuasa Bertindak Kampung Banggol Donas (JBBD) yang di ketuai oleh Tuan Hj. Salleh Embong untuk menjawab semua kekeliruan dan fitnah yang dilontarkan kepada perjuangan JBBD, GANTI telah mengambil inisiatif untuk cuba mempertemukan Tn Hj Salleh dengan YAB Dato' Menteri Besar dalam satu dialog terbuka yg diharap memberi ruang kpd JBBD dan pihak Kerajaan Negeri Terengganu mencari jalan penyelesaian kpd isu yg terlalu lama berlarutan.

Hari ini saya sendiri telah ke Pejabat Menteri Besar untuk menyerahkan surat jemputan bagi menjayakan dialog berkenaan.

Sebelum itu saya dikejutkan dengan berita tindakan provokatif yg kebudak budakan yg menggesa penduduk Kampung Banggol Donas menandatangani kanvas besar yg bertulis gesaan untuk kerajaan bertindak terhadap pemilik pemilik tanah. Ini betul betul berhampiran rumah mangsa terlibat. Malah ada berita MB pun turut hadir tandatangan.

Sayang sekali mangsa sudah berkali2 berharap dapat berjumpa MB untuk selesaikan masalah, namun begitu walau MB sudah sampai begitu hampir dgn rumah mangsa, YAB Dato memilih untuk hadir tandatangan kanvas berkenaan sahaja dan bukannya menziarah mangsa dan bertanya khabar.

GANTI berharap YAB Dato Razif dapat memberikan maklumbalas terhadap jemputan berkenaan.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Presiden GANTI
21hb April 2015

Kandungan Surat.

Kepada

YAB DATO’ HJ. AHMAD RAZIF BIN ABDUL RAHMAN
Menteri Besar Terengganu
Wisma Darul Iman
Kuala Terengganu

21hb. April 2015

Assalamua’laikum Wrt. Wb.

Yang Amat Berhormat Dato’,

Per : Jemputan Dialog Terbuka Merungkai Isu Kampung Banggol Donas: Mencari Titik Penyelesaian

Merujuk kepada perkara atas, sukacita dimaklumkan Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) adalah sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang bergerak cergas di negeri Terengganu membantu masyarakat membuat perubahan dalam permasalahan kehidupan masyarakat khususnya bersabit isu-isu rakyat.

2.Berhubung dengan isu di atas GANTI berpandangan isu ini sudah berlarutan terlalu lama sehingga merugikan rakyat, kerajaan dan juga penduduk kampung yang terlibat dalam pertikaian. Berbagai maklumat yang tidak benar serta mengelirukan orang ramai tersebar yang perlukan penjelasan.

3.    GANTI telah mengambil inisiatif berbincang dengan Jawatankuasa Bertindak Isu Banggol Donas (JBBD) yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Salleh bin Embong yang kami dapati sebenarnya mahu menyelesaikan dan memberi penjelasan berhubung isu ini serta merungkai segala permasalahan. Kami dapati JBBD tidak berpendirian menentang projek pembangunan yang mendatangkan manfaat kepada rakyat.

4.  Sehubungan dengan itu GANTI dengan persetujuan Tuan Haji Salleh Embong yang mewakili JBBD dengan sepenuh harapan menjemput YAB Dato’ untuk hadir atau menghantar wakil bagi sebuah program  “Dialog Terbuka Merungkai Isu Kampung Banggol Donas: Mencari Titik Penyelesaian”.

5.   Tarikh serta tempat bagi Dialog ini kami pohon YAB Dato’ yang tentukan mengikut kesesuaian masa YAB dengan maklum balas YAB Dato’ semoga dapat kami terima dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini.

6.    Sekali lagi kami ingin menyatakan harapan kami agar Isu Banggol Donas ini dapat diselesaikan dengan cara yang merungkai segala kekilanan di semua pihak. Sementelah lagi isu ini melibatkan masyarakat kampung, tanah pemilikan melayu, sesama umat Islam dan bangsa melayu yang mana YAB Dato’ selaku Menteri Besar  Terengganu mempunyai kuasa untuk menamatkan isu ini secara baik dan harmoni.

7. Untuk sebarang pertanyaan, pihak YAB Dato’ bolehlah berhubung terus dengan saya, Haji Ahmad Amzad bin Hashim ( Presiden GANTI) di nombor telefon 019-985 4013.

Kerjasama dan jasa baik dari pihak YAB Dato’ saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, dengan hormatnya dan terima kasih.

Wassalamua’laikum Wrt. Wb.

Yang benar

Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden GANTI

Salinan:
1)Jawatankuasa Bertindak Banggol Donas (u.p: Tn. Hj. Salleh Embong)

Isnin, 20 April 2015

PEKEBUN KECIL DAN GST

Di antara bulan mac hingga mei dan antara bulan april hingga jun bagi sesetengah tempat akan mengalami musim daun luruh bagi pokok getah. Ia merupakan suatu musim yang normal setiap tahun di mana daun pokok getah akan gugur dan akan kembali tumbuh pucuk-pucuk baru.

Apa yang dapat di kongsikan di sini adalah sepanjang tempoh daun luruh ini, pokok getah tidak akan mengeluarkan susu getah (lateks) mengikut waktu kebiasaannya kerana zat lateks dan lain lain yang ada pada pokok getah di perlukan untuk proses tumbesaran tunas pucuk muda dan seterusnya menggalakkan proses fotosistensis berlaku.

Apabila berlaku proses torehan dalam tempoh musim daun luruh ini, lateks yang di keluar akan berkurangan dan agak cair dari kebiasaanya. Ini kerana kandungan getah kering (KGK) yang terdapat dalam lateks adalah kurang berbanding kebiasaannya.

Di sini dapat kita fahami, bagaimana nasib pekebun kecil hari ini yang menyara diri dan keluarga melalui pendapatan daripada hasil menoreh getah. Dalam urusan penjualan dan pembelian getah pula adalah berdasarkan kepada peratusan (%) KGK berdasarkan kepada harga pasaran getah semasa yang di keluarkan oleh pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM). Selain daripada faktor % KGK, terdapat dua faktor lagi mempengaruhi harga iaitu kos operasi kilang (diskaun) dan juga cess.

Purata diskaun ketika ini adalah antara 100-110 sen/kg dan cess pula adalah sebanyak 14 sen/kg.

Katakan sebagai contoh, harga rasmi pembukaan SMR 20 pada hari akhir pasaran minggu lalu adalah 503.00 sen/kg dan di lihat turun kepada 497.50 sen/kg di waktu penutup pada sesi petang (Jam 5.00 petang).

Daripada harga yang di keluarkan ini dapat di ketahui harga kebun (Farmgate) bagi setiap kilogram getah. Kebiasaan harga farmgate ini, KGK adalah separuh atau 50% daripada harga rasmi yang di keluarkan. Ini kerana harga rasmi SMR adalah merujuk kepada 100% KGK yang telah siap di proses. Jika di ambil dari harga penutup pasaran pada jumaat iaitu 497.50 sen/kg dan di tolak dengan diskaun (110.00 sen/kg) dan cess (14 sen/kg), kita akan mendapat 373.50 sen/kg. Dari harga ini kita darabkan dengan 50% KGK dan kita akan mendapat harga farmgate 186.75 atau 187.00 sen/kg (RM1.87 sekilogram).

Bayangkan dengan purata harga getah sekarang ini antara RM1.60-1.90 sekilogram, agak-agak berapakah pendapatan pekebun kecil getah setiap hari di tambah dengan desakan hidup di sebabkan segala kos pembelanjaan meningkat setiap hari.

Pekebun kecil getah hari ini menghadapi masalah bertimpa-timpa, dengan keadaan musim daun luruh, hasil torehan mereka tidak seberapa dan di tambah dengan faktor ekonomi dan pasaran harga getah semakin lesu. Di mana peranan kerajaan melalui kementerian terbabit dalam menangani isu harga getah ini? Hilang, lenyap dan membisu seribu bahasa. Dahulu mereka lah yang gah dengan slogan Industri Getah bukan lagi 'SUNSET Industry' dan apabila berlaku sebaliknya, mereka pula tidak bertanggungjawab dengan slogan yang di bawanya dan rakyat seolah mengiyakan, memang betul getah ni adalah Sunset industry.

Apa yang di harapkan rakyat di kalangan pekebun kecil ini agar pihak berwajib turun membantu, rupa-rupanya tidak malah kerajaan hari ini dengan terus rakus mengutip hasil titik peluh rakyat dengan cukai GST pula.

Di sini kita dapat lihat dan saksikan, program bantah GST yang di anjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) diadakan pada petang jumaat lalu di pantai batu buruk, kuala terengganu di hadiri oleh ribuan rakyat terengganu malah ada di antara mereka yang datang dari kawasan luar bandar yang bersama-sama bersolidariti membantah GST.

Unit Hubungan Masyarakat GANTI
21 April 2015
1.10 a.m

Sabtu, 18 April 2015

RAKYAT TERENGGANU BERHIMPUN BANTAH GST


Pantai Batu Burok mencipta sejarah baru yang tersendiri apabila ribuan rakyat hadir dalam program bantah GST anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT). Program tersebut telah diadakan semalam selama 2 jam bermula jam 5 petang.

Berbagai pengisian yang diadakan, antaranya pidato, persembahan buskers, falshmob dan agihan flyer berkenaan GST. Rata-rata pengunjung pantai peranginan Batu Burok turut memberikan sokongan terhadap bantahan yang dibuat.

Antara pemidato yang dijemput adalah wakil GAMIS, presiden GANTI, Pengerusi DEMI, wakil kaum hawa, ketua DPPNT dan juga pimpinan BPPNT. Pidato diselang seli dengan laungan bantah GST dan oleh peserta yang kebanyakannya hadir bersama keluarga. Mereka turut dihiburkan dengan beberapa buah lagu berunsur luahan rakyat dendangan sebuah kumpulan buskers tempatan.

Menurut Pengerusi majlis, Ustaz Wan Sukairi Wan Ahmad, rata-rata peserta yang hadir adalah mewakili semua lapisan masyarakat. Bukan sahaja pemuda, malahan wanita, warga emas, profesional, aktivis NGO, ahli akademik dan ahli agama turut berhimpun pada petang itu. Mereka datang dari semua daerah termasuk Kemaman, Besut dan Hulu Terengganu.

Sambutan hebat sebegini memberi signal kepada kerajaan bahawa perlaksanaan GST ini telah menyusahkan semua golongan masyarakat. Rakyat Terengganu mungkin antara yang paling ramai terkesan kerana jumlah penduduk di bawah paras kemiskinan yang masih tinggi.

Ini juga adalah amaran buat kerajaan yang ada sekarang. Sekiranya tiada apa-apa tindakan dilakukan untuk menangani kemarahan rakyat sekarang, tidak mustahil UMNO BN akan tumbang dalam pilihanraya akan datang. GST telah menyebabkan bukan sahaja penyokong parti pembangkang yang marah, tetapi penyokong dan ahli BN turut memprotes tindakan kerajaan tersebut.

Bantahan GST akan terus dilakukan dari semasa ke semasa. BPPNT melalui DEMI akan bertindak sebagai badan memobilisasikan ketidakpuashatian rakyat dari seluruh pelusuk negeri supaya kerajaan sedar dan bertindak sewajarnya. Beberapa program dalam jangkamasa terdekat telahpun diatur melibatkan ceramah, wacana, demonstrasi, himpunan dan seumpamanya.

* Untuk lebih berita, artikel dan gambar berkenaan perjuangan NGO-NGO Terengganu, layari:
www.demiterengganu.blogspot.com

Jumaat, 17 April 2015

NOTA UNTUK DIRI 2.0

Daripada 6 bilion manusia atas mukabumi,  Allah taqdirkan lebih 1.3 bilion umat Islam. Daripada 1.3 bilion itu,  Allah taqdirkan hanya Ahlu sunnah wal jamaah jalan yang selamat. Daripada penganut aqidah Ahlu sunnah wal jamaah,  ditaqdirkan kita berada dalam jamaah Islam. Daripada ramai-ramai yang berada dalam jamaah Islam,  ada yang diberi jawatan dan ada yang hanya ahli biasa.

Justeru,  hargailah keberadaan kita dalam jamaah ini. Hargailah peranan kita dalam organisasi. Mana mungkin kehidupan kita sama dengan ahli pertubuhan lain. Mana mungkin kehidupan kita sama dengan yang di atas pagar. Mana mungkin kehidupan kita sama dengan penyokong. Mana mungkin kehidupan seharian kita sama dengan ahli biasa.

Bangun setiap pagi,  pastikan sudah ada jadual jihad untuk hari berkenaan.

Unit Tarbiyyah GANTI
Ibnu Abbas an Najjar
18 April 2015
28 Jamadil Akhir 1436

Rabu, 15 April 2015

BATASAN ISLAM

islam mengajar kita batasan(hudud) . Dalam percakapan ada batasan, dalam pakaian ada batasan,  dalam makan minum ada batasan,  dalam bersangka ada batasan,  dalam berhukum ada batasan, dalam ibadah ada batasan,   dalam siasah ada batasan, dalam berjihad ada batasan.

Kita dilarang bertindak di luar batasan.

Betulkan yang biasa,  biasakan yang betul.

Ibnu Abbas an Najjar
15 April 2015
25 Jamadil Akhir 1436
8:13 pagi

Ahad, 12 April 2015

JIHAD



Syeikh Said Hawwa menggariskan ada 5 bentuk jihad dalam kitabnya Jundullah-Jihad Pada Jalan Allah:

1.Lisan
2.Ta'lim(Pendidikan) 
3.Tangan dan diri
4.Politik
5.Harta


Jihad merupakan rukun bai'ah keempat selepas al fahmu,  al Ikhlas,  dan Al Amal. Ia adalah kemuncak amalan dalam Islam. Nabi saw bersabda, 

ألا أدلك على رأس الأمر و عموده و ذروة سنامه؟ رأس الأمر الإسلام و عموده الصلاة و ذروة سنامه الجهاد

yang maksudnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepala amalan,  tiangnya dan kemuncaknya? Kepala amalan adalah Islam,  tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad."

Kemuncak amalan merupakan suatu yang menjadi tanda izzah Islam. Islam nampak hebat dengannya. Musuh Islam gerun dengan izzah ini. Bahkan mereka cuba sedaya upaya secara halus untuk pupuskan konsep jihad dalam hati umat Islam agar mereka terus berkuasa atas mukabumi. Jika kita sinonimkan Terengganu dengan 'trademark' Bukit Besar yang tertulis 'ALLAH SELAMATKANLAH TERENGGANU', maka begitulah orang kenal kehebatan Islam dengan adanya jihad.

Justeru,  jangan biar jihad hilang dari hati sanubari kita. Walau apapun kerjaya kita,  jawatan kita,  latarbelakang ekonomi kita,  bangsa kita,  jangan sekali-kali cabut makna jihad itu dari jiwa kita. Biarkan ia terus jadi darah daging kita.
[15/04 15:35] Ust Wan Faiz0l: TAAT(RUKUN BAI'AH KELIMA)


يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله و أطيعوا الرسول و أولى الأمر منكم فإن تنازعتم في شيء فردواه إلى الله و رسوله

Allah berfirman yang maksudnya

"Wahai orang-orang yang beriman,  taatlah Allah dan taatlah Rasul dan pemimpin-pemimpin di kalangan kamu(umara'dan ulama'). Maka jika kamu bertelingkah dalam sesuatu urusan,  maka kembalilah kepada Allah dan RasulNya."

Taat kepada Allah dan Rasulullah merupakan ketaatan tidak berbelah bahagi dan bersifat mutlaq. Tiada tolak ansur dan tawar menawar lagi. Adapun taat kepada pemimpin bergantung kepada suruhan pemimpin itu adakah ia maksiat atau sebaliknya. Nabi saw pernah berpesan,

"لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق"
yang maksudnya,  "Tiada ketaatan kepada makhluk pada mengingkari Pencipta".


Konsep ketaatan dalam Islam sebenarnya sangat luas sehingga ia meliputi semua organisasi yang mempunyai pemimpin dan pengikut, Imam dan Ma'mum,  pemerintah dan rakyat,  guru dan murid,  ketua keluarga dan anak isteri,  dan seumpamanya. Ia menjadi ujian kepada orang bawahan untuk melaksanakan tuntutan dengar dan taat pada perkara yang tidak maksiat.

Ada perkara yang orang bawahan merasa tidak puashati dengan keputusan pihak atasan. Di saat itu,  Allah menguji orang bawahan dengan konsep dengar dan taat. Jika mereka mengingkari suruhan, bermakna mereka gagal menghayati tuntutan agama yang sangat besar. Hayati kisah-kisah dalam Al Qur'an bagaimana Allah menguji ketaatan orang bawahan terhadap pihak pimpinan. Antaranya kisah Talut dan tenteranya. Bagaimana mungkin masuk Aqal disuruh minum air sungai hanya seteguk dalam keadaan tentera yang amat dahaga ? Tetapi itulah nilai taat. Lihat juga kisah perjanjian Hudaibiyah yang dikatakan oleh Umar al Khattab sebagai berat sebelah.

Banyak lagi kisah-kisah teladan yang boleh diambil iktibar untuk kita hayati konsep taat ini. Cukuplah setakat huraian ringkas ini. Anggota jamaah wajib menghadam tajuk sebesar ini dalam sesi usrah bagi mendapat kefahaman yang lebih baik.

Wallahu a'lam.

Unit Tarbiyyah GANTI
12 April 2015/ 22 Jamadil Akhir 1436
9:30pagi