Khamis, 11 Jun 2015

PEMBINAAN SEMULA PASAR PAYANG MESTI MENGIKUT PERSETUJUAN BERSAMA

KENYATAAN MEDIA

PAS Kuala Terengganu mengambil maklum berhubung pengumuman Kerajaan Terengganu akan merobohkan bangunan lama Pasar Payang pada tahun hadapan bagi memberi laluan kepada pembinaan semula kompleks baru Pasar Payang yg lebih baik dengan mengekalkan konsep pasar rakyat yg sedia ada.

Keputusan ini adalah hasil perbincangan yg melibatkan pelbagai pihak terutama dari pihak yg berkepentingan langsung dari kalangan peniaga yg diwakili oleh Persatuan Peniaga dan Penjaja Pasar Payang, persatuan Pelancong.
PAS telah dijemput hadir sama menyumbangkan idea.

Apa yg diharapkan adalah apa yg akan dibina menepati rumusan yg dipersetujui bersama yang antara lain bertujuan mengekalkan fungsi dan konsep pasar sebagai pasar rakyat dan bukannya pasar berkonsepkan pasaraya mewah atau konsep pasaraya hyper seperti Giant atau Mydin.
Juga cadangan menyatukan keseluruhan termasuk Bazar Warisan agar semuanya dikenali sebagai Pasar Payang sahaja dengan dihubungkan dengan laluan jejambat/jejantas yg bersesuaian.
Bangunan sementara pasar yg cukup dan selesa mesti disiapkan dulu bagi menempatkan semua peniaga yg ada. Jangan sampai peniaga terpaksa berhenti berniaga kerana tapak sementara belum disiapkan.





Walaupun bangunan sementara, lokasi di Pulau Warisan adalah terdedah angin kencang terutama di musim monsun. Kerana itu ia perlu cukup kuat dan terlindung hujan.
Reka bentuk bangunan baru Pasar Payang hendaklah dengan perbincangan berterusan terutamanya dengan wakil wakil persatuan peniaga.

Susun atur ruang niaga, kemudahan asas, saiz ruang mesti dibincang bersama.
Tidak boleh semata mata bersandar imaginasi arkitek semata mata.

Saya berkesempatan hadir sama sebagai pemerhati dalam beberapa dialog perbincangan dengan ahli ahli Persatuan Peniaga Pasar Payang yang berbincang secara positif dalam memberi kerjasama bagi menjayakan apa yg telah dipersetujui ini.

Saya ingin memuji sikap persatuan yg selain melihat isu pembinaan bangunan baru, turut mengajak ahli melakukan anjakan paradigma dalam memajukan perniagaan masing masing supaya secara kolektif boleh bergerak maju dan lebih beruntung dengan tawaran barangan yg lebih baik dan berkualiti, etika dan adab budaya yg menarik, kebersihan dan keceriaan kedai masing masing.
Bangunan Paya Bunga Square yg baru disiapkan Kerajaan Terengganu dengan kos ratusan juta ringgit sekarang dikritik hebat kerana susun atur ruang niaga yg dikatakan menjadi punca hilang daya tarikan pelanggan walaupun bangunannya indah tersergam.

PAS Kuala Terengganu mengingatkan kerajaan tentang rekod buruk pelbagai projek pembinaan yg lalu yg diselubungi kegagalan total seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Limbat dan Taman Ilmu di Besut, Kompleks Textile di Kijal, stadium yg runtuh dan begitu banyak projek yg gagal.
Isu kebolehgunaan, daya maju, kualiti, kos dan pemasaan mesti diurus dengan betul.

PAS Kuala Terengganu turut ingin memberi perhatian tentang tindakan mempolitikkan urusan kepentingan peniaga Pasar Payang apabila kami menerima maklumat tentang tindakan MBKT mengiktiraf NGO baru Persatuan Peniaga Pasar Payang dan Bazar Warisan yg fungsinya bertindan dengan Persatuan Peniaga peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu yg sudah lama ada dan berjuang menjaga kepentingan dan kebajikan peniaga.
Perkara ini tidak sihat dan merosakkan perpaduan di kalangan peniaga.

Terbaru kami menerima maklumat rungutan pelbagai pihak tentang Bazar Ramadhan yg selalunya telah selesai diaturkan perancangannya oleh MBKT dgn kerjasama Persatuan.

Ada konflik dikesan dengan kedua dua persatuan diberi hak untuk dua lokasi yg sangat berdekatan.
Kami harap semua perkara berbangkit ini diberi perhatian oleh pihak pihak berkenaan.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu
Presiden GANTI

11hb Jun 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan