Isnin, 1 Jun 2015

NGO TERENGGANU PERTEGASKAN TERUS PERJUANG SYARIAH ALLAH





Majlis Perundingan Perlaksanaan Syariah Terengganu (MAPIT) telah menganjurkan majlis makan malam kutipan dana di Permai Park Inn Hotel, Kuala Terengganu pada Jumaat lepas. Lebih 100 peserta terlibat dalam jamuan tersebut.

MAPIT merupakan gabingan NGO-NGO Islam Terengganu yang ditubuhkan bertujuan memperjuangkan syariah Allah yang menyeluruh di bumi Terengganu ini. Berbagai program dan aktiviti telah dianjurkan bagi merealisasikan cita-cita tersebut.

Makan malam tersebut dihadiri khas oleh YB Dr Fadhli Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pra teknikal Hudud Kelantan. Beliau telah bersoal jawab dengan para hadirin berkenaan proses perlaksaan syariah di Kelantan.



Beliau menjelaskan, PAS bukan berusaha untuk meminda perlembagaan di Parlimen sekarang seperti yang digembar-gemburkan. Sebaliknya PAS hanya mahu pinda jadual 9 dalam Akta Mahkamah Syariah sahaja. Ia hanya perlukan majoriti mudah. Dengan terpindanya akta tersebut, beberapa hukuman jenayah syariah di Kelantan dapat dilaksanakan terhadap orang Islam. Antaranya ialah minum arak, zina dan qazaf.

Ditanya mengenai sikap DAP kebelakangan ini, beliau menyatakan itu perkara biasa kerana beliau bukan Islam. Namun tidak wajar sekiranya mereka berhujah hudud telah melanggar konsensus PR kerana perjuangan PAS untik menegakkan syariat Islam telah dipersetujui rakan PR sebelum wujudnya PR lagi. Pada Konvensyen PR 2011 pula, semua ketua parti PR telah menandatangi resolusi bahawa hudud adalah perjuangan PAS dan parti lain tidak berhak untuk menghalang.

"Kalau Lim Guan Eng boleh bertegas dengan prinsip perjuangannya, dan menyatakan tiada siapa boleh tegur saya melainkan ahli DAP, kenapa kita orang Islam tidak boleh bertegas dengan akidah Islam sendiri?" Jelas Ust Fadhli.

Ketika diajukan soalan, apakah rancangan
seterusnya seandainya usul bil persendirian tetap ditolak di parlimen, beliau menyatakan kita akan bawa akta mahkamah syariah ke Dewan Negara untul dikaji kembali kerana secara dasarnya, ia bertentangan dengan perlembagaan yang telah memperuntukkan hal ehwal syariah di bawah kuasa mutlak negeri-negeri.

Selain itu, beliau menegaskan akan terus berjuang untuk memenangi pilihanraya akan datang seperti biasa.

"Kita sebuah kerajaan, bukan parti politik. Semua bidang kerajaan Negeri kena buat. Saya fokus isu hudud. Orang lain fokus isu politik. Ada yang fokus isu kebajikan dan begitulah. Kita tak sama seperti NGO yang ditubuhkan khusus untuk bidanh tertentu sahaja."  Tambah Dr Fadhli lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan