Sabtu, 7 Mac 2015

TOKOH AKTIVIS DAN NGO TERENGGANU KONGSI PENDIRIAN SAMA



S.M Mohamad Idris adalah seorang tokoh aktivis yang sangat disegani di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui perjuangannya dalam Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM).

Tuan Haji Azmi Abdul Hamid pula Pengerusi Majlis Perundingan NGO-NGO Islam Malaysia (MAPIM) dan Teras Pengupayaan Melayu sangat vokal berhubung isu-isu umat Islam dan juga melayu. Juga aktif diperingkat antarabangsa termasuk dalam isu liberalisme, LGBT dalam menangani tuntutan COMANGO. Beliau pernah mengejutkan negara dengan pendedahan kehilangan Tanah Rezab Melayu yang besar.

Saya dan rombongan NGO Terengganu melalui Lujnah Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu (DEMI) yang diketuai oleh Tuan Haji Yahaya Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu merasa sangat teruja dengan perbincangan panjang dalam pelbagai isu kelmarin di tengah-tengah Pulau Pinang. Terasa mcm terlalu singkat dan masa berlalu cepat.



Walau S.M Mohamad Idris hanya mampu  bertutur dlm bahasa Inggeris tetapi isu-isu serius spt kepenggunaan, alam sekitar, isu pengambilan tanah atas alasan pembangunan dibincang dengan lancar.

Sangat menarik isu seperti pilihanraya PBT, kami mempunyai pandangan yang jelas amat selari. Malah S.M Idris menghurai dgn lebih panjang lebar dgn pelbagai rujukan sehingga saya terfikir begitu jauhnya pandangan Presiden PAS, DS TGHH dalam hal PBT walaupun S.M Idris tidak berminat dengan ulasan politik bersifat kepartian.

Bila bercakap tentang isu orang Islam dan orang Melayu. Sekali lagi saya semakin yakin bacaan kami tentang realiti politik tidak silap.

Orang Melayu masih menyokong UMNO kerana dalam Barisan Nasional UMNO dilihat memimpin dan dominan. MCA dan MIC tahu ini perlu dikekalkan jika BN mahu terus menang. Kerana itu mereka tak bising apa pun yang UMNO buat termasuk dalam soal yg rasis seperti peranan PERKASA, sokongan dan penglibatan dalam hudud, Malaysia negara Islam.

Orang Melayu tidak akan swing kpd PAS selagi PAS tidak dilihat dominan, kelihatan seperti budak suruhan dan DAP boleh dilihat sesuka hati, boleh masuk campur urusan umat Islam seperti hudud, peraturan pemakaian. PKR hanya kelihatan cuba sentiasa selari dgn DAP dalam banyak perkara.

Putrajaya tampak mustahil digapai tanpa dapat sokongan pengundi melayu.

Walaupun bukan secara direct maksud yg diberitahu oleh kedua-dua tokoh ini, tapi saya dapat faham dgn mudah.

Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden GANTI
7hb Mac 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan