Ahad, 15 Mac 2015

KAJIAN MERDEKA CENTRE; BERITA BAIK BUAT PENYOKONG PAS



1. Sebuah lagi kajian yang mengejutkan dari Merdeka Center tentang sokongan terhadap kepimpinan tertinggi beberapa parti. Dengan persoalan 'patutkah pemimpin ini turun?', hanya Presiden PAS seorang sahaja daripada empat orang ketua eksekutif parti yang tidak mendapat majoriti persetujuan untuk diturunkan.

2. Mereka yang dikaji adalah Presiden UMNO, Presiden PAS, Ketua Umum PKR dan Ketua Parlimen DAP. Anwar Ibrahim mendapat majoriti tertinggi bersetuju diturunkan dengan 62.2% . Lim Kit Siang pula ditempat kedua dengan 58.%. 
Najib Razak menurut kajian bertarikh Januari 2015 itu menunjukkan 49% setuju untuk beliau turun tetapi menurut kajian terbaru pada Februari 2015, kepercayaan awam terhadap pentadbiran beliau menurun ke 44%. Ini bermakna, 56% memberi isyarat bahawa beliau patut diturunkan.

3. Secara mudah kita boleh merumuskan bahawa sokongan majoriti masih memihak kepada TGHH walaupun ramai cuba menyerangnya luar dan dalam. Imej beliau tidak terjejas sebaliknya 3 yang lain teruk menurun.


4. Kajian ini boleh dijadikan panduan sempena Muktamar yang akan berlangsung bulan 5 ini. Sekiranya perwakilan memahami kajian ini, tiada keperluan Tuan Guru Presiden diganti. Beliau tidak menjadi liabiliti bagi PAS dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin berusia dari parti yang lain. PAS akan terus kukuh bertapak di hati masyarakat awam sekiranya Presiden PAS istiqamah dengan cara beliau memacu PAS sekarang.

5. Kita boleh melihat perkara ini apabila pejabat agung PAS telah menerima keahlian terbaru hampir 10,000 orang dari serata negara. Kepimpinan yang TGHH tunjukkan walaupun tampak bertegas dengan rakan pakatan lain dari sudut perjuangan Islam, namun telah membuatkan masyarakat awam terutama golongan muda jatuh hati kepada PAS. Krisis PR dan dalaman PAS yang sengaja ditonjolkan menjadi sebab untuk orang ramai mengkaji apakah itu PAS dan dari situlah mereka bertekad untuk menyertai parti ini.

6. Perkara ini secara tidak langsung bakal memberi impak kepada PRU14 akan datang kerana para responden adalah terdiri penyokong PR, BN dan juga atas pagar. Sekiranya PAS mengekalkan presidennya, dalam masa yang sama PKR dan DAP menggantikan pemimpin mereka, serta sekiranya UMNO masih berkeras dengan kepimpinan Najib, maka peluang bagi PR untuk menggantikan BN adalah cerah.

7. Apabila dilihat dengan lebih teliti, peratus yang tidak pasti samada mengekalkan atau menolak juga masih positif kepada Presiden PAS dengan 24% dibandingkan Anwar (15.4), Najib (16.2%) dan LKS (19.3%). Golongan tidak pasti ini mungkin mewakili mereka yang non-partisan atau yang tidak mendapati apa-apa masalah terhadap subjek.

8. Jika dilihat dari peratus mereka yang tidak mahu respon pula, Presiden PAS masih menerima keputusan positif dengan 4.2% sedangkan Najib hanya 4.0%, LKS 3.7% dan Anwar cuma 3.5%. Ini boleh dikira sebagai protes dengan soalan yang diajukan pengkaji iaitu "perlukah pemimpin berikut berundur?".

Biasanya yang merespon ini adalah orang yang sama antara keempat-empat subjek. Golongan ini menunjukkan mereka juga tiada masalah dengan subjek, ataupun kerana menghormati subjek. Tetapi apabila dibanding perbezaan kajian tertinggi antara Presiden PAS dan terendah iaitu Anwar, 0.7% yang tidak merespon pada Presiden PAS telah merespon terhadap subjek-subjek yang lain. Bilangan 0.7% ini mungkin menyokong subjek lain turun.

9. Jika dikira mengikut mood, orang awam lebih merasai suasana pertandingan jawatan dalam PAS dibandingkan parti lain kerana pemilihan PAS adalah yang paling dekat temphnya. Portal-portal berita dan akhbar sedang giat melaporkan pencalonan-pencalonan dari beberapa kawasan termasuk yang mencadang calon selain TGHH. Jika tidak kerana ini, pasti bilangan yang tidak mahukan TGHH diturunkan akan bertambah tinggi.

10. Walaubagaimanapun saya pasti menjelang bulan empat ini sokongan terhadap Presiden PAS bakal bertambah dan yang lain akan terus menurun. Ini kerana Ijtima` Antarabangsa perpaduan Ummah yang menganggarkan kehadiran lebih 200,000 termasuk NGO-NGO dan orang awam bukan ahli PAS. Ianya bakal melonjakkan imej beliau sebagai kepimpinan bertaraf antarangsa. Sebaliknya Anwar akan terus menurun kerana mendiam di penjara, ditambah dengan tindakan PKR meminta Amerika Syarikat untuk campur tangan dalam kehakiman Malaysia. Najib pula bakal menerima tamparan lebih besar apabila GST dilaksanakan nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan