Selasa, 31 Mac 2015

UMAT ISLAM WAJIB BETULKAN TARAF KEHAKIMAN SYARIAH DARI TERUS DIRENDAH-RENDAHKAN

Sebagai orang Islam, mengapa tidak berkongsi cita cita untuk sekurang-kurangnya tingkatkan martabat Sistem Kehakiman Syariah yg telah ada?

Tahukah kita seperti juga Mahkamah biasa yang ada Mahkamah Rendah, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan,  Sistem Kehakiman Syariah juga telah mempunyai mahkamah mahkamah rendah dan tinggi nya.

Orang-orang Islam sejak tahun 80an lagi telah lama tak berpuas hati dgn martabat kehakiman syariah yg terlalu rendah berbanding kehakiman tinggalan penjajah british yg berasaskan undang-undang komanwel. Acuan yang British tinggalkan melalui Lord Reid menjadi anutan tegar begitu ramai rakyat termasuk sebahagian wakil rakyat UMNO yg konon lantang mahu menjaga kesucian Islam.

Akta Kehakiman Syariah sedia ada memberikan peruntukan terlalu kecil kepada mahkamah syariah iaitulah tak boleh lebih dari 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan sebatan 6 kali. Maksimum yg boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah cuma setakat itu. Begitu rendah martabat Kehakiman Syariah sehingga bidang kuasanya paling tinggi di bawah hakim syariah paling kanan atau ketua hakim syariahpun,  masih lebih rendah dari dari Mahkamah Rendah yang biasa. Mahkamah Rendah yang biasa walau diadili oleh seorang Majistret atau Pendaftar Mahkamah pun punya kuasa lagi tinggi dari Ketua Hakim Syariah di Mahkamah Tinggi Syariah.

Ini adalah sangat bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan  yang ditetapkan dalam perkara 3 Perlembagaan Malaysia, Sultan-sultan sebagai ketua agama di negeri-negeri dan Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Agama di peringkat persekutuan.

Sekiranya orang-orang melayu dan Islam boleh bersetuju dengan hak kebebasan penganut agama-agama lain untuk mengamalkan dengan bebas kepercayaan agama mereka, mengapa pula ada segelintir pelampau bukan Islam yg tidak rasional terpekik terlolong macam orang gila mahu sedaya upaya menghalang apa yg menjadi hak mutlak orang-orang Islam yang sedikitpun tidak menyentuh mereka?

Sedikit cadangan Pindaan yang tertentu kepada Akta Kehakiman Syariah yg dibentangkan oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah langkah bersejarah yg sangat penting disokong oleh semua umat Islam khususnya wakil2 rakyat yg beragama Islam.

Ini Mesti diperbetulkan. Mana boleh kuasa Mahkamah Syariah lebih rendah dari mahkamah paling rendah dalam kehakiman Lord Reid?

Umat Islam sudah terlalu lama merungut soal ini. Mengapa mahkamah syariah terlalu rendah tarafnya di dalam sebuah negara Islam bagai berada di bawah tapak kaki mahkamah British. Brunei yang lebih lewat merdeka pun lebih berjaya martabatkan kehakiman syariah mereka.

Mufti Perak, Dato' Harussani telah menegaskan orang orang Islam wajib sokong usaha tegakkan syariah.

Jika masih menentang, tidak suka, tidak yakin, bukan nak bantu tapi memperlekeh, sudahkah kita pasti status agama pada kad pengenalan kita digambarkan pada sikap dan tingkah laku kita?

"Oo tidak, saya ingatkan tak apa sebab ini politik saja. Saya jahil agama"

Kalau jahil pergi belajarlah. Jangan kejahilan kita mengheret satu negara untuk terus redha kehakiman syariah terus diinjak-injak martabatnya.

Yang seharusnya semua bersatu hati untuk sama sama memperkasa.

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
1hb. April 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan