Khamis, 12 Mac 2015

Haji Salleh Akan Terus Berjuang Menuntuk Hak Dan Kebenaran

PUTRAJAYA – Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas, Haji Salleh Embong melahirkan rasa tidak puas hati diatas keputusan mahkamah rayuan yang telah membuat keputusan hanya diatas surat akuan bersumpah.

Sedangkan kata beliau, Penasihat Undnag-Undang Kerajaan Sendiri telah mengakui bahawa tidak ada borang ‘K’ yang dikeluarkan dalam kes tanah terbabit.

“Kesimpulannnya kita tak berpuas hati memang tak puas hati sebab keputusan mahkamah dibuat berdasarkan kepada surat akuan bersumpah yang belum jelas.

“samada betul atau tidak dan telah dibuktikan semasa perbicaraan bahawa tidak ada borang K dan telah diperakui oleh pihak penasihat undang-undang negeri,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Selasa 11 Mac, selepas rayuan saman pemula beliau bersama lima orang penduduk Kampung ditolak.
Sebelum itu, pada 16 Jun 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah menolak saman pemula Haji Salleh dan rakan-rakannya mencabar kesahihan pengambilan balik tanah mereka yang disifatkannya sebagai tidak sah.

Namun begitu, Haji Salleh yang juga bekas Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus tidak akan berputus asa dan akan mengatur langkah seterusnya dalam memperjuangkan dan mempertahankan tanah tradisi turun temurun yang menjadi milik beliau, sejak beberapa generasi.
“Tidak…..saya tidak akan berhenti, apabila saya balik (Ke Kuala Terengganu) nanti saya akan buat laporan polis mengatakan bahawa surat akuan bersumpah itu adalah palsu,
“dan biarlah sesiapa yang buat akuan bersumpah ini membuktikannya di mahkamah dan dengan itu kita akan merayu kepada mahkamah persekutuan berdasarkan kepada (keputusan hari) ini,”tegasnya.
Beliau bercadang akan memanggil beberapa individu di kalangan kakitangan kerajaan negeri Terengganu untuk menjadi saksi apabila membawa kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan kelak.
Katanya, salah seorang yang akan dipanggil adalah Pegawai Kewangan kerajaan negeri Terengganu masakini, kerana beliau adalah Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Terengganu ketika pengambilan tanah Kampung Banggol Donas dibuat.

“jadi……..orang-orang yang melaksanakan pengambilan tanah ini akan dipanggil sebagai saksi samada betul atau tidak………peraturan ini betul atau tidak
“dan awak salah seorang yang kita akan panggil sebagai saksi adalah pegawai kewangan negeri sekarang Wan Nawawi (Wan Ismail) sebab masa itu dia pentadbir tanah,”jelasnya.
Mengulas tentang pentadbiran kerajaan negeri Terengganu dibawah Menteri Besar Dato’ Abdul Razif Abdul Rahman, Haji Salleh berkata, Razif tidak mahu menyelesaikan masalah rakyat.
“Jadi saya Nampak kerajaan negeri Terengganu dibawah Menteri Besar Dato’ Razif Abdul Rahman ini dia tidak mahu menyelesaikan masalah rakyat,
“Sebab kalau orang yang mahu menyelesaikan masalah rakyat, dia (Razif) tahu dah orang ini ada kes yang tak betul semasa dia bertugas, dia tak boleh naikkan pangkat
“dia ak boleh dia kena ‘surcharge’ sepertimana kerajaan buat PTD dan sebagainya, ramai yang kena surcharge……tapi yang ini tidak,”ujarnya lagi

Sebaliknya, kata beliau beliau, bukan sahaja Razif menekan kehidupan rakyat bahkan beliau menjunjung tindakan yang tak betul, yang telah dilakukan oleh para pegawainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan