Ahad, 5 April 2015

PADU ADAKAN ROADSHOW GST SELURUH TERENGGANU

Sebagai menifestasi bantahan, Persatuan Pengguna Dungun (PADU) dengan kerjasama DEMI akan menjelajahi ke semua 32 DUN seluruh Terengganu, bagi menerangkan kepada rakyat tentang sengsara perlaksanaan GST sekarang selain mendengar keluhan rakyat pelbagai peringkat tentang perkara tersebut. Ianya adalah hasil keputusan mesyuarat beberapa buah NGO Terengganu minggu lepas di Kuala Terengganu.


Pengerusi PADU, Haji Abdul Hamid Ismail berkata PADU merasa terpanggil untuk memobilisasi kemarahan rakyat terhadap GST, memandangkan ia berkait rapat dengan isu kepenggunaan. Kerana GST, pengguna akan lebih terbeban untuk mencari pendapatan lebih demi memenuhi tuntutan hidup. Oleh itu menjadi tugas PADU untuk membela nasib pengguna yang terdesak seperti ini.

Sebagai permulaan, PADU sedsng merangka sebuah wacana umum dalam masa terdekat bersama Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) dan wakil dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 

Haji Azmi bin Abdul Hamid. Ceramah tersebut akan diadakan dalam masa terdekat ini membincangkan perihal GST dan kesannya setakat ini.

Haji Amzad ketika ditemui pada flashmob bantahan GST pada 31 April lalu pula berkata, rakyat akan terus menegur kerajaan serta menunjukkan ekspresi bantahan yang berterusan agar kerajaan sedar, perlaksanaan GST ini tidak membantu rakyat. Menurutnya lagi, rakyat akan lebih terkesan menjelang 1 Mei nanti dan ini akan menyebabkan lebih ramai turun menyatakan bantahan selepas tarikh tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan